• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Palestin Terus Protes, Bakar Bendera Israel

oleh
12/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEMONSTRASI ‘Great March of Return’ masih lagi berterusan dengan pembakaran bendera Israel oleh rakyat Palestin sebagai tanda protes di sempadan Israel-Gaza Selasa lalu.

Lapor Astro Awani, rakyat Palestin sengaja meletakkan bendera-bendera Israel yang disusun sebaris berkibar di persempadanan tersebut yang kemudiannya dibakar secara terang-terangan.

Protes Perarakan Kepulangan Besar-besaran ini yang diketuai kumpulan pejuang Hamas telah memasuki minggu keenam dengan merekodkan sebanyak 29 orang rakyat Palestin telah syahid dan beribu lagi mengalami kecederaan.

Pun begitu, rakyat Palestin sama sekali tidak berganjak dari perjuangan tersebut dan semangat yang dimiliki untuk menuntut kembali tanah mereka yang dirampas oleh rejim Israel tidak pernah padam.

Mereka juga mahu menghapuskan sekatan terhadap sempadan dengan meruntuhkan tembok yang memisahkan Israel dan Palestin.

Sehingga kini, rakyat Palestin menggunakan taktik membakar tayar sebagai cara untuk menghasilkan asap hitam di sepanjang sempadan bagi mengelakkan penembak tepat Israel melepaskan tembakan.

Berhubung tindakan itu, Israel mendakwa protes tersebut sebagai taktik Hamas untuk melakukan serangan terhadap mereka dan membawa masuk penyelinap ke negara mereka.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata, setiap rakyat Palestin adalah ‘habuan’ penembak tepat kami.

“Haruslah difahami bahawa tiada insan yang tidak ‘berdosa’ di Gaza.

“Semua berkomplot dengan Hamas, dibayar oleh Hamas. Semua aktivis mereka cuba mencabar kami dan perhimpunan di sempadan adalah antara operasi ketenteraan mereka,” kata Lieberman dalam satu wawancara di stesen Radio Israel.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman mengeluarkan kenyataan melalui Radio Israel.

Lebih teruk lagi, setiap kali penembak tepat Israel berjaya menembak rakyat Palestin, mereka akan bersorak gembira ‘meraikan’ kematian insan tidak bersalah.

Terdahulu, tentera Israel telah bertindak kejam menembak puluhan peserta himpunan termasuk salah seorang wartawan, Yaser Murtaja yang memakai jaket tertera perkataan PRESS (media) ketika membuat liputan perhimpunan pada Jumaat lalu.

Dilaporkan, hospital-hospital di Gaza kini mengisytiharkan darurat akibat kekurangan alat perubatan dan ubat-ubatan. Para doktor juga sedang bergelut menyelamatkan rakyat Palestin yang tercedera akibat serangan rejim zionis berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: BenderaIsrael
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd