• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angin Kuat Sebabkan Patung Maharaja China ‘Rebah’

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DISEBABKAN angin bertiup kencang, patung maharaja China pertama dengan berat enam tan telah rebah ke bumi selepas 16 tahun berdiri tegak di Taman Qin Shi Huang Scenic.

Patung maharaja Qin Shi Huang yang diperbuat daripada tembaga setinggi 62 kaki itu telah ‘meluncur’ ke bumi di wilayah Binzhou Shandong, timur China ketika ‘ditiup’ angin kuat pada Jumaat lalu.

Walaupun patung berkenaan diletakkan di atas batu, ia bagaikaan ‘terlepas’ dari tapaknya. Menurut salah seorang pekerja gerai di kawasan itu, patung raksaksa berkenaan telah jatuh dengan posisi terbalik.

Ia menyebabkan wajahnya terus ‘mencium’ tanah sehingga menyebabkan bahagian kepala patung maharaja tersebut hancur.

Malah, manik-manik yang terdapat di kepala patung tembaga itu turut bertaburan.

Bagaimanapun, ketika para pekerja sedang mengemas sisa-sisa runtuhan logam yang ada, didapati bahagian bawahnya kosong serta dilihat bagaikan hanya diisi dengan kerangka logam sahaja.

“Ini merupakan satu perkara yang tidak dapat disembunyikan, setiap orang mempunyai telefon bimbit. Bagaimana harus kita menutup bukti ini?” kata salah seorang pekerja di kawasan kejadian.

Kren telah dipanggil bagi mengangkat ‘mayat’ patung berkenaan.

Maharaja Qin Shi Huang merupakan pengasas Dinasti Qin China yang dipercayai menjadi manusia pertama yang menyatukan banyak hati penduduk Cina moden ketika penaklukannya sekitar tahun 221-206 SM.

Selain itu, dia juga telah membina bahagian pertama Tembok Besar China dan makamnya juga merupakan rumah kepada tentera terakota yang terkenal.

Patung berkenaan telah dibina pada tahun 2005 yang lalu bagi menjadi daya penarik kepada para pelawat ke resort pelancongan tempatan di Binzhou. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenPATUNG MAHARAJA CHINA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd