• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Dobi Layan Diri Meletup 3 Kali

oleh
11/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMPAR… Sebuah kedai dobi layan diri dipercayai telah meletup sebanyak tiga kali di Taman Jinjang Baru, ibu negara malam tadi yang mengakibatkan seorang wanita cedera parah.

Kejadian kebakaran di kedai dobi dan rumah kedai kira-kira pukul 8.05 malam tersebut turut telah mengakibatkan hampir 80 peratus kerosakan pada kedua-dua premis perniagaan berkenaan.

Lapor Astro Awani, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPBM) Kuala Lumpur, Ruhisha Haris berkata, mangsa yang berusia 40 tahun telah mengalami cedera parah.

“Kita percaya daripada saksi berlaku letupan di kedai dobi sebanyak tiga kali.

“Kebetulan seorang mangsa wanita berusia 40-an berada di dalam kedai dobi dan telah cedera dengan 50 peratus melecur,” katanya.

Menurutnya lagi, mangsa yang merupakan pelanggan kedai dobi terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Tiga lagi mangsa yang merupana warga Indonesia dan tinggal di rumah berkenaan bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap premis.

Sebanyak tiga buah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Sentul, Hang Tuah dan Sri Hartamas diperlukan bagi berhadapan dengan kebakaran.

Pihak bomba telah berjaya mengawal api sekitar pukul 8.22 malam. Sehingga kini punca kebakaran dan anggaran kerugian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: BombaDOBIkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd