• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thailand Tembak Mati 2 Lelaki Di Pattani

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki dalam satu insiden berbalas tembak di daerah Yarang, wilayah Pattani di selatan Thailand hari ini.

Ketua Polis Daerah Yarang Kol Pasit Santiprachaya berkata salah seorang lelaki itu dikenali sebagai Abdullah Cheklee yang memiliki dua waran tangkap dikeluarkan oleh oleh Mahkamah Pattani berhubung serangan bom di hadapan Masjid Pattani pada Jun dan Julai 2016.

Menurut beliau, identiti seorang lagi lelaki yang mati ditembak itu belum dikenal pasti.

Polis mendakwa kedua-dua lelaki yang mati ditembak dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu (waktu tempatan) merupakan anggota kumpulan bersenjata.

Beliau berkata, dalam insiden berbalas tembakan selama 30 minit, tiga anggota pasukan keselamatan mengalami kecederaan manakala seorang lelaki meloloskan diri.

Pasukan keselamatan menemui dua pistol 9mm dan sebutir bom tangan disisi kedua-dua lelaki yang ditembak mati itu, kata beliau. – BERNAMA

Tags: Kol Pasit Santiprachaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd