• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Dibebas Terhutang Budi Kepada Kerajaan

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Nelayan dari Malaysia yang tiba di tanah air hari ini, setelah menjalani hukuman tahanan selama 22 bulan di Indonesia, menyifatkan dirinya terhutang budi kepada kerajaan.

Leong Bian Seng, 61, dari Dungun, Terengganu yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dari Pekan Baru, Indonesia, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Leong yang merupakan seorang tekong ditahan pada 1 Ogos 2016 kerana menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif Indonesia di Laut Natuna Utara, 80 batu nautika dari Kuala Dungun.

Beliau kemudian ditahan di Pengkalan Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan Batam di Kepulauan Riau dan dibebaskan semalam.

Ditemui pemberita sejurus keluar dari balai ketibaan klia2, Leong berkata apa yang berlaku menjadi pengajaran, namun dia tidak akan serik untuk menjadi nelayan selepas ini.

“Tapi sekarang saya mahu berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga sebelum berfikir untuk kembali menjadi nelayan atau sebaliknya,” katanya.

Kepulangan beliau disambut adik lelakinya Leong Choy Sin, 54, yang tiba dari Dungun dan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jamaluddin Othman.

Jamaluddin berkata kos menguruskan proses pembebasan, dokumentasi, perjalanan dan perbelanjaan untuk membawa Leong pulang ditanggung oleh LKIM.

“Pengajaran yang boleh diambil daripada perkara ini ialah setiap nelayan laut dalam perlu ada kesedaran untuk melengkapkan kapal masing-masing dengan teknologi komunikasi dan Sistem Pengesanan Global (GPS),” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery dalam kenyataan yang diedarkan pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di klia2, berkata kini terdapat empat lagi nelayan Malaysia masih berada dalam tahanan di Indonesia.

Januari lepas, Indonesia memberi jaminan untuk membebaskan enam nelayan Malaysia yang ditahan kerana menceroboh perairan negara itu.

Jaminan itu dinyatakan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti dalam pertemuan dengan Ahmad Shabery di Jakarta.

Persetujuan dan jaminan itu adalah hasil persetujuan yang dicapai Najib dan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12 di Kuching, Sarawak pada November 2017.

Pada Februari tahun ini, seorang nelayan Malaysia, Low Siang Huat dari Pulau Ketam dibebaskan pihak berkuasa Indonesia.

Empat nelayan Malaysia yang masih ditahan ialah Chua Kee Chan, 63, (ditahan di penjara Labuhan Deli, Medan); Mahabob Hasimat, 55, (ditahan di penjara Tanjung Pinang); Abdul Rashid Nik, 53, (ditahan di Lanal Tarempa) dan Kamaruzaman Awi, 47, (ditahan di Lanal Tarempa). – BERNAMA

Tags: Leong Bian Seng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd