• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Nyanyi, Naim Tak Mahu Tamak Cari Rezeki

oleh
10/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REZEKI itu ada dimana-mana… Tak kisah lah bila jadi penyanyi ataupun pelakon, bagi Naim Daniel semestinya dia mahu fokus kepada satu perkara sahaja buat masa ini.

Naim, 21, kini dikenali sebagai seorang penyanyi selepas banyak lagu covernya di YouTube digemari ramai dan kejayaan single pertamanya berjudul Sekali Lagi yang telah mendapat sambutan peminat.

“Saya tidak pernah sangka akan diterima sebagai penyanyi. Ia bermula secara suka-suka apabila saya memuat naik video rakaman semula lagu popular di laman sosial,” katanya dipetik daripada BH Online.

Bagaimanapun, pelakon filem Bisik Pada Langit itu kelihatan lebih selesa digelar sebagai penyanyi dan mahu memberi lebih perhatian dalam bidang nyanyian.

Pelakon yang mula menceburi bidang seni sejak berusia lapan tahun itu dikatakan mula ‘jatuh cinta’ dengan bidang nyanyian selepas mengikuti pengajian bagi jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan kini menjadikan bidang nyanyian sebagai satu kerjaya serius baginya.

“Tawaran berlakon masih diterima, tetapi saya mahu berehat dahulu untuk memberi laluan kepada bidang nyanyian. Saya tidak mahu peminat keliru, jadi saya harus memilih antara satu.

“Alhamdulillah, perancangan untuk kerjaya nyanyian juga disusun dengan baik oleh syarikat rakaman, World Peace Entertainment. Saya dijadualkan tampil dengan single kedua selepas Aidilfitri nanti,” tambahnya lagi.

Menurutnya, lagu baharunya yang mendapat sentuhan daripada Omar K itu masih lagi dalam perlu menjalani beberapa proses akhir sebelum diperkenalkan kepada peminat.

Dia kini juga berasa agak gementar bagi menantikan single keduanya itu.

Dalam masa yang sama, Naim turut sedang berjinak-jinak menghasilkan lagu buat artis lain dan dia kini sedang bekerjasama dengan komposer Audi Mok bagi menciptakan lagu baharu buat penyanyi Alvin Chong. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Naim DanielNetizenSEKALI LAGI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia...

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd