• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN N.Sembilan Pastikan 80% Pemilih Mengundi

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan berusaha memastikan 80 peratus pemilih berdaftar di negeri itu akan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN negeri akan menyusun atur jentera pilihan rayanya bagi memastikan pemilih terutama yang bekerja di luar negeri ini untuk pulang mengundi berikutan hari pengundian yang ditetapkan pada 9 Mei merupakan hari bekerja.

“Saya pun tidak menjangkakan bahawa kita akan mengundi pada 9 Mei iaitu hari bekerja. Setahu saya cuma dua tiga kali sahaja sejak pilihan raya umum pertama dalam negara kita di mana pilihan raya dibuat pada hari bekerja, selalunya di hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar di Sungai Gadut, dekat sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei dan tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd