• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Puji Terengganu Bina Litar Lumba Atasi Mat Rempit

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memuji langkah kerajaan Terengganu membina litar lumba di Gong Badak, Kuala Nerus sehingga mampu mengatasi masalah mat rempit.

Beliau berkata pembinaan litar lumba tersebut berjaya mengurangkan 90 peratus gejala mat rempit di negeri ini.

“Masalah mat rempit ini memang sentiasa memeningkan kita terutama trafik (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik)…ada anggota trafik dilanggar semasa operasi membendung gejala mat rempit ini seperti di Lembah Klang dan Selangor.

“Di Terengganu, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman) mengambil inisiatif luar biasa dengan pembinaan litar lumba bernilai RM14 juta ini khas untuk membasmi masalah rempit. Dalam pengetahuan saya, tidak ada negeri lain yang buat…bagi pihak PDRM, saya ucap terima kasih atas inisiatif ini kerana memang ia berjaya mengurangkan masalah mat rempit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis apresiasi bersama Menteri Besar sempena Hari Peringatan Polis ke-211 yang turut dihadiri Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata idea untuk membina litar lumba tersebut adalah berdasarkan permintaan daripada golongan mat rempit sendiri dan kerajaan negeri merealisasikan keinginan mereka untuk mengurangkan masalah mat rempit di Terengganu.

“Konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ini inklusif biar mereka (golongan sasar) sendiri yang mengenal pasti apakah kaedah yang terbaik untuk semua pihak.

“Kadang-kadang orang lebih seronok sebenarnya mengikut idea dan acuan mereka sendiri. Seperti litar lumba ini, mereka sendiri yang reka bentuk, dan mereka sendiri yang menjalankan operasinya dan akhirnya kita dapat keputusan yang positif,” katanya.

Selain itu, menurut Ahmad Razif kerajaan negeri mewujudkan satu perkampungan khas untuk bekas penagih dadah yang mahu memulakan kehidupan baharu yang akan dikenali sebagai Pusat Komuniti Saadah.

Sebagai permulaan, projek itu dilaksanakan di Kuala Nerus melibatkan 70 bekas penagih dadah sejak sebulan lalu.

“Ini adalah kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di mana kita bantu bekas penagih dadah ini dalam bentuk tarbiyyah agar mereka juga mampu menyumbang kepada ekonomi dan impak positif kepada masyarakat.

“Biasanya bekas penagih ini kembali kepada tabiat lama mereka akibat penerimaan kurang baik daripada masyarakat sekeliling yang sering menghina mereka, jadi pendekatan yang kita gunakan ialah melalui dakwah berhemah,” katanya.

Beliau berkata perkampungan itu nanti akan menyediakan rumah baharu yang selesa, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bekas penagih dadah berdasarkan minat mereka.

“Di Kuala Nerus contohnya, apabila saya berjumpa sendiri dengan bekas penagih dadah ini, mereka memang ‘menyerah diri’ untuk dibantu kerajaan agar menjadi seperti insan lain. Ada berkongsi cita-cita mahu memiliki perniagaan sendiri dan ada mahu menternak itik sebagai sumber ekonomi mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anti-ICERD: PDRM Siap Siaga Hadapi Sebarang Isu

08/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum...

83 Individu Ditahan Kes Rusuhan Kuil Setakat 8 Pagi

04/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia setakat ini telah menahan 83 individu untuk membantu siasatan kes kekecohan di Kuil Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd