• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan TVET Perlu Capai Kehendak Pasaran Kerjaya

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Kualiti graduan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) harus berada pada tahap kebolehpasaran yang tinggi selaras dengan keperluan dan kehendak kerjaya masa kini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kualiti graduan merupakan satu daripada aspek penting dalam memastikan peningkatan produktiviti serta kelancaran organisasi.

“Oleh itu, para pelajar dinasihatkan supaya lebih proaktif, peka dan rajin menimba ilmu untuk menghadapi cabaran Industri 4.0 ini,” titah baginda ketika berangkat merasmikan program Titian Kasih Mega anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di Kolej Vokasional Arau di sini, hari ini.

Baginda bertitah kemantapan graduan TVET juga perlu dikembangkan secara holistik ekoran cabaran bidang kerjaya masa kini yang semakin moden melalui aplikasi robotik dan digital.

Setiap graduan perlu menguasai pelbagai kemahiran antaranya pemikiran kritikal dalam penyelesaian masalah, komunikasi berkesan, keupayaan berkolaborasi, di samping mempunyai kreativiti serta kesejahteraan emosi, titah baginda.

Majlis disertai 528 pelajar kolej itu turut dihadiri Pengarah kolej Mohd Jelani Yaacob dan Setiausaha YTSP Perlis Datuk Johari Mohd Darus. – BERNAMA

Tags: kerjayapelatih TVET
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program Bertukar Kerjaya Bantu Pondan

07/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu program bertukar kerjaya atau ‘Job Exchange’ kepada golongan maknyah atau transgender di negara...

Kembara Kerjaya Pahang 2.0 Tawar Lebih 5,000 Pekerjaan

09/08/2018
0

KUANTAN - Kembara Kerjaya Pahang 2.0 menawarkan 5,189 jawatan kosong untuk pelbagai kelulusan pendidikan termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd