• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR: Ada Pihak Cuba Sabotaj Saya, Kata Muhyiddin

oleh AK-47
12/09/2014
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIENTIANE  – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku pada UPSR kali ini sebagai tindakan sabotaj menjejaskan integriti beliau dan kementeriannya.

“Saya anggap ini tindakan sabotaj untuk menjejaskan integriti saya dan kementerian,” katanya pada sidang media di Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN Ke-8 hari ini.

Beliau yang marah dan dukacita atas kejadian itu berkata tindakan segera bukan sahaja telah diambil untuk mengesan dalang tersebut malah mengkaji keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelakkan ia berulang pada masa depan.

“Selain membuat laporan polis, satu jawatankuasa bebas akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian ini termasuk merumus langkah bagi mengelakkan perkara seumpamanya berulang.

“Apa pihak tak bertanggungjawab ini dapat dengan membocorkan soalan UPSR ini,” katanya.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini membatalkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2 kerana siasatan mendapati ia turut bocor.

Semalam, kertas Sains didapati bocor dan ia diumumkan dalam satu kenyataan media oleh LPM.

Pihak kementerian telah menetapkan pada 30 September ini untuk kedua-dua subjek berkenaan diadakan semula. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: PendidikanUPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang paling penting dalam menentukan hala...

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd