• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIHAS Berakhir Dengan Tanda Aras Cemerlang

oleh AK-47
09/04/2018
dalam Alhijrah Frenz, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAMERAN Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2018 yang berakhir pada 7 April lalu dengan tanda aras sebagai platform terbaik dan terbesar bagi peneraju industri halal memperkenalkan produk di peringkat antarabangsa.

Ekspo perdagangan halal terbesar dunia itu diadakan buat julung kalinya di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec).

Pelbagai negara menyertai Mihas dengan kehadiran pelbagai jenama dari Asean, Turki, Afrika Selatan, Palestin, Iran, Emiriah Arab Bersatu, China, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan.

MIHAS 2018 yang menawarkan 1,000 ruang pameran selama 4 hari itu dan selama itu juga TV AlHijrah agresif mempromosi MIHAS melalui pelbagai aktiviti meriah di reruai yang disediakan.

Selain lintas langsung setiap pagi, aktiviti MIHAS diwarwar secara meluas melalui pelbagai platform promosi TV AlHijrah.

Artis tempatan terkenal, Bront Palarae turut bertandang ke pentas Rapatkan Saf TV AlHijrah dan berkongsi mengenai tips gaya hidup sihat.

Apabila ditanya tentang TV AlHijrah, Bront terus menyebut pantas nama Syamsul Debat dan disambut dengan tepukan gemuruh.

Ruang untuk berdakwah tetap tidak dilupakan walau di mana kita berada. Ini terbukti dengan penampilan Ustaz Syafiq Liow (Kembali Fitrah) yang telah menyampaikan tazkirah secara santai, diselangselikan dengan bahasa Mandarin.

Kemudian disusuli pula dengan majlis pertukaran cenderahati antara TV AlHijrah dengan rakan media dari Afrika Selatan, ITV.

Bagi memastikan booth TV AlHijrah sentiasa ceria dan meriah, beberapa acara hiburan turut diadakan pada hari terakhir MIHAS 2018 itu.

Antaranya ialah persembahan lagu-lagu ketuhanan dari kumpulan Kompang Seni Warisan Istana dan Buskers Anak Seni Warisan.

Sementara itu di sebelah pagi, telah berlangsungnya majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara TV AlHijrah dan Korea Institute of Halal Industry.

Pentas Rapatkan Saf, TV Islam Terbaik Asia melabuhkan tirainya di MIHAS 2018 dengan persembahan percussion yang dinanti-nantikan ramai dari Kolej Komuniti Selayang.

MIHAS pasti kembali dan TV AlHijrah juga pasti akan berada di sana! – MYNEWSHUB.CC

Tags: MIHAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIHAS 2019 Dijangka Tarik Lebih Penyertaan

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019, yang akan diadakan dari 3 hingga 6 April tahun depan dijangka...

MIHAS Acara Halal Terbesar Dunia

05/04/2018
0

MIHAS 2018 yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 4 hingga 7 April 2018, menyaksikan penyertaan 800...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd