• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Thailand Jangka Berkembang 4.1% Pada 2018

oleh AK-47
09/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Ekonomi Thailand dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2018 iaitu kadar terpantasnya sejak 2012, demikian menurut Laporan Economic Monitor Bank Dunia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Dunia berkata pemulihan ekonomi Thailand juga ternyata lebih ketara pada tahun ini.

“Sejajar pertumbuhan ekonominya yang melangkaui 4.0 peratus tahun ini iaitu yang pertama kali sejak 2012, Thailand berpotensi untuk mempergiatkan usaha pemulihan struktur bagi meningkatkan produktiviti serta berkembang lebih pantas pada tempoh penggal pertengahan,” kata Pengarah Bank Dunia bagi Kerjasama Serantau, Thailand dan Malaysia, Ulrich Zachau.

Thailand merekodkan pertumbuhan ekonomi melebihi 3.9 peratus pada tahun lepas.

Beliau berkata selain pendidikan, lanjutan kemahiran dan pelaksanaan pelaburan infrastruktur yang berkualiti, aspek lain seperti peningkatan persaingan khususnya dalam bidang perkhidmatan turut menjadi teras bagi melonjakkan inovasi dan dapat membawa Thailand meraih pertumbuhan jangka panjang.

Laporan itu turut membangkitkan kepentingan inovasi bagi produktiviti serta pertumbuhan jangka panjang.

Thailand yang tersenarai dalam kedudukan ke-52 daripada 128 negara dalam Indeks Inovasi Global tahun lepas, mempunyai peluang serta dasar yang disifatkan mesra dalam usaha menarik kalangan usahawan berkualiti tinggi dan pelaburan inovatif dari dalam serta luar negara.

Bank Dunia turut menyenaraikan bidang utama yang perlu diberi perhatian dari segi tindakan oleh negara itu, termasuk memperkukuhkan dasar persaingan, membuka serta meliberalisasikan perkhidmatan, mewujudkan strategi data kebangsaan, menambahbaik hak harta intelektual dan meneruskan usaha peningkatan kemahiran.

“Aspek penyelidikan dan pembangunan teknologi serta inovasi akan memainkan peranan penting seiring dengan sasaran Thailand untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi. Ini sebagaimana digariskan dalam Strategi Kebangsaan selama 20 tahun negara berkenaan,” kata kenyataan itu.

Thailand Economic Monitor dikeluarkan dua kali setahun dan merupakan laporan utama pejabat cawangan Bank Dunia berkenaan yang turut memaparkan analisis prestasi dan unjuran ekonomi Thailand. – BERNAMA

Tags: Ekonomi Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd