• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Isu Tanah Tuduhan Palsu, Tak Bertanggungjawab”

oleh Haris
09/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar Tan Sri Rafidah Aziz yang disifatkan membawa dakwaan palsu dan tidak bertanggungjawab dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri semalam.

“Tuduhan-tuduhan yang dikemukakan oleh Tan Sri Rafidah itu ialah maklumat yang salah dan penipuan semata-mata,” kata Hishammuddin kepada media di Kuching, Sarawak hari ini.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menulis surat terbuka kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam membuat beberapa dakwaan antaranya tanah Kementerian Pertahanan (Mindef) dimiliki oleh sebuah syarikat diuruskan oleh tiga orang.

“Tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz bahawa sebuah syarikat milik tiga individu yang kini memiliki setiap inci tanah Mindef di Malaysia adalah tidak benar dan merupakan satu pembohongan yang nyata,” tegas Hishammuddin.

“Dakwaan beliau bahawa syarikat ini didakwa membuat semua keputusan mengenai tanah Mindef juga adalah tidak benar,” katanya lagi.

“Tuduhan bahawa projek pertanian komersial berskala besar melibatkan tanah yang dimiliki oleh syarikat 3 individu ini juga tidak benar. Ini hanyalah perbincangan saya dengan Menteri Pertanian, Datuk Seri Shabery Cheek dua tahun lepas mengenai food security,” jelas Hishammuddin.

Jelas Hishammuddin, beliau tidak tahu apa sebenarnya tujuan Rafidah mengeluarkan tuduhan-tuduhan seperti itu, sedangkan beliau berada dalam Kabinet semasa beberapa keputusan tersebut dibuat.

“Sebagai sebahagian daripada Ahli Kabinet pada waktu itu, yang membuat keputusan (berkaitan perkara yang disebut) Tan Sri Rafidah Aziz sangat tidak bertanggungjawab!” tegasnya.

“Berdasarkan masa yang terhad yang saya ada untuk memeriksa dakwaan-dakwaan tersebut, tiga perkara ini dapat saya jawab pada masa ini,” kata Hishammuddin lagi. – Mynewshub.cc

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd