• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanik Ferrari Patah Kaki Dilenyek Raikkonen

oleh Haris
10/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAKHIR – Perlumbaan Formula Satu memasuki pusingan keduanya di Litar Antarabangsa Bahrain, di sini menyaksikan pemandu Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel menjuarai Grand Prix Bahrain, malam tadi.

Kemenangan yang sepatutnya menggembirakan pasukan dari Itali itu bagaimanapun dicemari insiden yang tidak diingini apabila salah seorang mekanik pasukan patah kaki selepas secara tidak sengaja dilenyek seorang lagi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen.

Kejadian itu berlaku di pusingan ke-35 perlumbaan apabila Raikkonen memasuki ruang pit litar tersebut untuk melakukan hentian pit (pit stop) menukar keempat-empat tayar jentera yang dipandunya.

Bagaimanapun, sebelum tayarnya ditukar sepenuhnya, Raikkonen terus memecut jenteranya keluar daripada hentian dan ruangan pit berkenaan yang menyebabkan dia terlenyek salah seorang mekanik yang sedang menukar tayar belakang sisi kirinya.

Akibat daripada insiden itu, kaki kiri mekanik berkenaan, Francesco Cigorini patah di bahagian tulang betis dan paha sebelum dia kemudiannya dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan.

Raikkonen turut menerima kesan daripada kejadian itu apabila dia gagal meneruskan perlumbaan selepas undang-undang Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) melarang tayar daripada sebatian berbeza digunakan ketika perlumbaan.

Ini selepas Raikkonen diminta untuk kembali ke ruangan pit selepas tayar keretanya tidak dipasang secara sempurna mengakibatkan ia longgar dan boleh menyebabkan kemalangan sedangkan pada ketika itu dia sedang menduduki kedudukan ketiga.

Susulan kejadian itu, pasukan Scuderia Ferrari telah didenda sebanyak 50,000 euro (RM237,394) oleh FIA kerana melakukan unsafe release atau pengeluaran dari pit dengan cara tidak selamat sehingga menyebabkan kecederaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila lampu isyarat di ruangan pit itu bertukar hijau secara tiba-tiba yang menyebabkan pemandu Finland itu terus memecut keluar dari hentian berkenaan.

Buat masa ini, Ferrari enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai punca lampu di dalam sistem hentian pit mereka bertukar hijau secara tiba-tiba dan kini menunggu keputusan siasatan yang dilakukan FIA mengenai insiden itu.

“Saya bergerak apabila lampu berwarna hijau. Saya tidak melihat apa yang berlaku di belakang dan malangnya dia mengalami kecederaan.

“Tugas saya meneruskan perlumbaan apabila lampu bertukar hijau. Saya percaya dia (Cigorini) kini diberikan rawatan terbaik dan saya mendoakan supaya dia segera sembuh,” kata Raikkonen.

Dalam pada itu, juara dunia Formula 1 tahun lalu, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes turut mendoakan kesembuhan Francesco melalui perkongsiannya di laman Twitter.

Pengerusi Ferrari, Sergio Marchionne dalam satu kenyataan selepas tamat perlumbaan itu berkata, dia berharap mekanik tersebut segera pulih.

Difahamkan, pembedahan yang dilalui Cigarini berjalan dengan lancar dan mekanik itu turut mengesahkan perkara itu melalui satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

Surgery ok. I have to thank all the people worried for me. Nothing else, just a big thanks. Hugs! L’operazione è andata bene. Voglio ringraziare tutte le persone che hanno chiesto di me e si sono preoccupate. Solo un grande GRAZIE. Abbracci #thanks #grazie

A post shared by Francesco Cigarini (@francesco.cigarini) on Apr 8, 2018 at 5:50pm PDT

Cigarini berkata dia sangat menghargai mesej yang diberikan oleh orang ramai yang mahukannya segera sembuh dari kecederaannya itu.

“Pembedahan berjalan dengan lancar. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang risau akan keadaan saya. Tiada apa lagi yang mahu saya cakap, hanya ingin berterima kasih,” tulis Cigarini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: BahrainFormula 1kimi raikkonen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurutera Telekom India Ditahan Di Bahrain, Didakwa Salur Maklumat Sensitif Kepada Mossad

Jurutera Telekom India Ditahan Di Bahrain, Didakwa Salur Maklumat Sensitif Kepada Mossad

10/03/2026
0

MANAMA – Pihak berkuasa Bahrain menahan seorang lelaki warga India yang bekerja sebagai jurutera telekomunikasi selepas disyaki menyalurkan maklumat sensitif...

Enam Kanak-kanak Disengat Ubur-ubur Di Perairan Kelantan

Verstappen Laung Amaran Awal

03/03/2024
0

JUARA dunia tiga kali, Max Verstappen memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan sempurna apabila pelumba Red Bull itu mengetuai penamat satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd