• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Selangor Dibubar Berkuat Kuasa Hari Ini

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum (PRU) negeri itu diadakan.

Mohamed Azmin membuat pengumuman itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menandatangani watikah proklamasi pembubaran dalam satu istiadat ringkas di Istana Alam Shah di Klang, kira-kira 10.30 pagi tadi.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu lepas (7 April) bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan.

Mandat kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR tamat pada Jun 2018. Sesi persidangan DUN Selangor yang pertama adalah pada 21 Jun 2013, selepas PRU13.

Pada PRU13, Selangor yang mempunyai komposisi 56 kerusi DUN, dikuasai DAP dan PAS yang mana masing-masing memenangi 15 kerusi dan PKR (14) manakala Barisan Nasional (BN) mendapat 12 kerusi yang kesemuanya dimenangi calon UMNO.

Kerusi PKR kemudian berkurang kepada 13 selepas penyandang kerusi DUN Pelabuhan Klang iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada parti itu pada 2014 susulan ‘Langkah Kajang’ dan menjadi wakil rakyat Bebas.

‘Langkah Kajang’ juga menyaksikan Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh daripada PKR bertindak mengosongkan kerusi itu pada 2014 bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Anwar bagaimanapun hilang kelayakan bertanding apabila kalah dalam rayuan kes liwat membabitkan beliau dengan seorang bekas pembantu peribadinya, dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, akhirnya bertanding dan memenangi kerusi itu.

PAS kehilangan tiga kerusi DUN selepas ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin keluar parti pada 2015 dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman pula mengumumkan keluar daripada PAS dan menyertai PKR. Perkara itu disahkan dalam satu ceramah di Sungai Buloh malam tadi.

ADUN Banting (Teluk Datuk), Loh Chee Heng menjadi wakil rakyat Bebas pada 2016 selepas keanggotaannya dalam DAP ditamatkan atas dakwaan menyalahgunakan dana yang diperuntukkan bagi kawasan itu.

Sementara itu, kerusi DUN Sungai Air Tawar kosong selepas penyandangnya, Kamarol Zaki Abdul Malik daripada BN, meninggal dunia pada 17 Jan 2017 akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, tiada pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian wakil rakyat itu.

Bagi 22 kawasan Parlimen di Selangor, BN menguasai lima kerusi iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor manakala 17 kerusi lagi masing-masing dimenangi PKR (sembilan), DAP (empat) dan PAS (empat).

PAS kehilangan tiga kerusi apabila Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad; Kota Raja (Siti Mariah Mahmud) serta Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) keluar parti dan menyertai Amanah.

Pada 5 Mei 2016, penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon daripada BN, meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Kerusi Parlimen Sungai Besar itu kekal di tangan BN dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada 18 Jun 2016, menerusi calonnya Budiman Mohd Zohdi, yang juga ADUN Sungai Panjang. – BERNAMA

Tags: DUN SelangorPRU-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Rasmi: PH-BN Mendahului Jumlah Kerusi DUN Selangor

Tidak Rasmi: PH-BN Mendahului Jumlah Kerusi DUN Selangor

12/08/2023
0

PETALING JAYA : Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) mendahului 20 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN...

Hasil Kerjasama BN, PH Mampu Menang 45 Hingga 47 Kerusi DUN Selangor

Hasil Kerjasama BN, PH Mampu Menang 45 Hingga 47 Kerusi DUN Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM : Pakatan Harapan (PH) optimis mampu menang di antara 45 hingga 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd