• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: SPR Pahang Terima Watikah Bubar DUN

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang hari ini, menerima watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang ditandatangani oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pengarah SPR negeri Datuk Zamree Hamli berkata berkata watikah bertarikh 7 April itu diserahkan oleh Yang Dipertua DUN Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad kepadanya pada pukul 8.45 pagi tadi.

“Watikah diserahkan di pejabat Yang Dipertua di Wisma Sri Pahang (di sini),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan DUN Pahang kali ke-13 dibubarkan selepas Tengku Abdullah berkenan menandatangani watikah pengisytiharan pembubaran di Istana Abu Bakar, Pekan dekat sini.

Pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ekoran pembubaran Dewan Rakyat juga berkuatkuasa semalam, pada tarikh yang akan ditentukan SPR.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN. Pada pilihan raya umum 2013, BN memenangi 30 kerusi, DAP (tujuh) dan PAS (tiga), PKR (dua).

Bagaimanapun, Pas kehilangan satu kerusi apabila wakil rakyat Kuala Semantan yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Syed Hamid Syed Mohamed mengumumkan keluar parti pada 9 Sept 2015 untuk menyertai Parti Amanah Negara. – BERNAMA

Tags: PahangSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd