• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tidak Goyah PH Guna Logo PKR – Tengku Adnan

oleh Ahmad Albab
09/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) tidak goyah serta gusar dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) memilih menggunakan logo dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata apa yang perlu ditekankan ialah pengundi perlu tahu ia sekadar taktik pembangkang ‘menyembunyikan’ DAP yang semakin ditolak masyarakat Melayu di sebalik logo PKR.

“Itu strategi lapuk. Kita sudah tahu apa mereka nak buat, cuma kita mahu ingatkan pengundi jangan terpengaruh kerana dalam logo PKR yang digunakan itu ada DAP, Amanah dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang bermasalah.

“Untuk mengelirukan rakyat, pembangkang cuba meniru konsep BN tetapi mereka lupa gabungan parti dalam BN telah lama wujud, malah rakyat juga tahu gabungan ini (BN) menggunakan kaedah setiap keputusan dibuat secara konsensus,” katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Insan Istimewa di sini hari ini.

Pengumuman penggunaan logo PKR itu dibuat Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Harapan di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor malam tadi.

Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata BN mempunyai kaedah tersendiri dalam menyedarkan pengundi tentang muslihat yang cuba dilakukan pakatan pembangkang itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd