• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Najib, Politik Dan Angka Tuah 11

oleh
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBETULAN… Ramai pemerhati politik tanah air yang dapat mengesan betapa unik angka 11 mempunyai tempat yang amat istimewa di hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia sememangnya diketahui merupakan angka kegemaran Najib apabila memilih tarikh bagi pembubaran Parlimen ketika diumumkan di Putrajaya pada Jumaat, yang dianggap penghulu segala hari bagi umat Islam di seluruh dunia.

Ketika memaklumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa sehari kemudian, Perdana Menteri nampaknya gemar angka itu memandangkan ia adalah 7 April, dan apabila 7 dicampur 4 (merujuk April), maka jumlahnya ialah 11.

Berdasarkan logik yang sama, sesetengah penganalisis politik terus meramalkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berkemungkinan akan diadakan pada 29 April, yang sekali lagi akan menyaksikan kewujudan angka 11.

Jumlah tersebut akan didapati apabila dua angka pada tarikh tersebut iaitu 2 dicampur dengan 9. Untuk rekod, Najib sendiri pernah menjelaskan kenapa angka 11 boleh dianggap begitu istimewa bagi kehidupan peribadi beliau.

Allahyarham ayahanda beliau, Tun Abdul Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922; bondanya, Tun Rahah Noah pula lahir pada 11 Jun 1933; anak sulung beliau juga lahir pada 11 haribulan; dan UMNO diasaskan pada 11 Mei 1946.

Najib pula merupakan Menteri Besar Pahang ke-11 dan bergelar Orang Kaya Indera Shah Bandar Ke-11. Menurut laporan, beliau juga mempunyai kenderaan rasmi yang menggunakan nombor pendaftaran khas dengan angka 11.

Ini termasuk antaranya plat kereta WHT 11 dan W 11 N. Secara kebetulan PRU ke-14 akan datang sebenarnya merupakan PRU yang ke-11 bagi beliau sejak memasuki arena politik pada 1976 selepas ayahandanya meninggal.

Secara kebetulan, Najib dilantik sebagai perdana menteri yang keenam pada 2009 dan jika dicampur setiap angka (2+0+0+9) jumlahnya ialah 11. Lebih unik, alamat kediaman keluarga beliau di ibu negara juga ialah No.11.

Ada berjenaka kemungkinan besar kempen PRU kali ini hanya berlangsung 11 hari sebagai merujuk angka tuah 11 tersebut. Walau apapun, ia sekadar kebetulan yang mewarnai cerita politik tanah air. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: 11Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd