• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHA 2018 Iktiraf Wanita Dalam Sektor Pertanian

oleh AK-47
07/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengutamakan golongan wanita sempena Program Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018), menunjukkan kementerian itu serius dalam memperkasakan wanita yang banyak menyumbang kepada sektor pertanian di negara ini.

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata golongan wanita tidak dinafikan nadi utama dan golongan sasar dalam menjana pendapatan negara dalam sektor pertanian.

“Ia umpama impian menjadi nyata apabila kementerian meraikan golongan wanita dalam program yang begitu besar selaras dengan Tahun Memperkasa Wanita yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

Langkah bijak itu juga menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang sentiasa mengiktiraf peranan wanita dan tidak akan mengetepikan wanita terutama dalam sektor pertanian yang kini menjadi sumber kekayaan baharu negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ROAD TO MAHA 2018 ‘Segalanya Wanita’ Zon Timur di Pantai Kuala Kertih, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Bahagian UMNO Kemaman merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.

Karnival tiga hari bermula 5 April hingga esok menghimpunkan 500 usahawan wanita dengan lebih 100 aktiviti dengan kehadiran kira-kira 30,000 orang pengunjung.

Sementara itu Ahmad Shabery dalam satu kenyataan berkata MAHA 2018 menyasarkan 50 peratus penglibatan golongan wanita dengan sasaran jualan sebanyak RM500 juta.

Lebih 3.5 juta pengunjung dijangka hadir pada program dwitahunan itu dengan 30 peratus penglibatan daripada golongan belia.

Untuk rekod, MAHA 2016 telah dikunjungi seramai 3.7 juta pengunjung dengan perjanjian jualan kira-kira RM400 juta. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding jawatan...

Shahrizat Tidak Pertahan Jawatan Ketua Wanita UMNO

06/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd