• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembrong Bukan Tempat Ujian Calon Bermusim

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyeru masyarakat agar berhati-hati dengan “calon bermusim”oleh pembangkang yang seringkali dilihat muncul apabila tiba musim pilihan raya umum (PRU).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata ini kerana kedatangan mereka sentiasa membawa ‘kemusnahan’ berikutan cara politik yang diamalkan pembangkang menjurus kepada politik kebencian dan memecahbelahkan masyarakat.

“Kita boleh lihat apa yang mereka cuba buat di Sembrong, kita telah melihat pembangkang ini datang dan pergi mengikut musim, dan selama 15 tahun kita berada di sini, mereka (pembangkang) seringkali menukar calon yang kemudiannya lesap selepas PRU.

“Bila dekat dengan PRU mereka akan kembali muncul dan apa yang paling menyedihkan mereka muncul dengan pendekatan yang cukup memusnahkan kerana sentiasa menanam kebencian, memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong di perkarangan Rumah Komuniti Sembrong (T6), di sini, hari ini.

Hadir sama, ADUN Paloh, Teoh Yap Kun dan ADUN Kahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R. Vidyananthan.

Tambahnya, pembangkang juga tidak pernah menunjukkan komitmen mereka terhadap Sembrong melainkan hanya datang membawa sentimen perkauman dan keagamaan yang bertujuan memecahbelahkan rakyat.

“DAP letak calon Melayu di Paloh semata-mata mahu melihat sentimen perkauman di kawasan Sembrong. Jangan biarkan diri kita diperalatkan dengan pertimbangan cetek seperti ini kerana Sembrong bukan tempat ujian sentimen Melayu, Cina dan India.

“Sebab itu jentera kita mesti dibekalkan dengan fakta dan maklumat supaya perkara ini sampai kepada setiap pengundi di Sembrong, dan mereka tidak keliru, tidak terpengaruh dengan emosi, dan tidak mengikut mereka (pembangkang) yang datang secara bermusim,” jelasnya.

Tambahnya, apa yang BN telah capai di Sembrong datang daripada usaha dan kerja keras yang memakan masa yang lama dan beliau amat bangga dengan apa yang telah berjaya dilakukan di Sembrong.

“Sembrong adalah contoh terbaik untuk kawasan-kawasan yang lain kerana kita ada harmoni, perpaduan dan kesatuan antara kaum di bawah BN.

Dalam pada itu, beliau menasihati calon-calon yang tidak tersenarai untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti untuk terus kekal bersama parti dan tidak melakukan perkara-perkara yang menghalang perjuangan parti.

“Pengumuman calon adalah tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO. Setiap kali kita berhadapan dengan PRU, misinya adalah satu akan tetapi mesti ada di kalangan kita yang berminat (untuk bertanding) tetapi tidak terpilih.

Tambahnya, BN juga telah melakukan persiapan yang lebih awal pada PRU kali ini dalam memastikan setiap jentera perjuangan bergerak mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

“BN telah melakukan persediaan awal untuk menghadapi PRU14 ini dan tidak pernah ada dalam sejarah kita membuat persiapan yang begitu teliti dalam persiapan PRU seperti kali ini.

“Saya kagum dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tak pernah penat memikirkan apa yang kita perlu lakukan dan menjelang PRU14 ini,” katanya. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd