• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Melaka Turut Dibubar Esok – Ketua Menteri

oleh Ahmad Albab
06/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dewan Undangan Negeri Melaka dibubar esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-14 untuk DUN Melaka berlangsung serentak dengan pilihan raya umum peringkat Parlimen.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata beliau telah bertemu Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hari ini bagi mendapatkan perkenan membubarkan DUN negeri itu.

“Kunjungan saya ke atas Yang Dipertua Negeri Melaka (Mohd Khalil) secara rasmi telah mendapatkan tandatangan (pengisytiharan pembubaran) untuk memperkenankan supaya DUN Melaka Ke-13 dibubarkan jua pada 7 April 2018.

“Pengisytiharan pembubaran akan diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya negeri pada pukul 9.30 pagi esok, di Seri Bendahara (Ayer Keroh di sini),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Melaka mempunyai 28 kawasan DUN dan enam kawasan Parlimen.

Pada pilihan raya umum lepas, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 21 kerusi DUN, manakala DAP enam kerusi dan PAS satu kerusi.

Bagaimanapun pada Februari tahun lepas tiga anggota DUN DAP iaitu ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang Chin Choong Seong bertindak keluar parti bagi menjadi wakil rakyat Bebas.

Untuk kerusi Parlimen, BN memenangi empat kerusi Parlimen, PKR satu kerusi dan DAP satu kerusi namun Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him daripada DAP bertindak keluar parti dan menjadi Anggota Parlimen Bebas juga pada Februari tahun lepas.

Idris berkata sepanjang pentadbirannya kerajaan negeri mampu membawa masuk pelaburan berjumlah RM22.5 billion dan dalam sektor pelancongan mampu menarik 16.8 juta pelancong tahun lepas.

“Melaka menjadi penyedia rumah mampu milik di Malaysia, malah Melaka diiktiraf sebagai negeri paling sejahtera di Malaysia pada 2016 dengan skor 8.28 daripada maksimum 10.

“Kita akan pertahan kemakmuran, perkukuhkan perpaduan serta pelihara keharmonian ini demi memastikan Melaka terus cemerlang. Saya akan pastikan kepercayaan dan mandat tidak dipersiakan jika diberikan kepercayaan sekali lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd