• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Anggota Polis Di Sabah Dibekukan Mulai Esok

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Cuti semua anggota polis di Sabah dibekukan mulai esok untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Ramli berkata semua anggota dan logistik juga sudah dipersiapkan sepenuhnya bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

“Semua pihak termasuk parti politik, penyokong parti dan pengundi perlu mematuhi lunas undang-undang serta mengikut peraturan-peraturan sedia ada,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pelanggaran peraturan seperti provokasi perlu dielakkan semua pihak supaya proses pilihan raya berjalan dengan baik.

Pada 3 petang tadi, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkuat kuasa esok.

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah membuat pengumuman mengenai pembubaran itu di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya dekat sini, selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin kira-kira 2.30 petang tadi di Istana Negeri.

Pembubaran itu dibuat serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat esok bagi membolehkan PRU14 diadakan. – BERNAMA

Tags: anggota polisDatuk Ramli Din
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HKL Berjaya Sambung Semula Tangan Anggota Polis Dalam Pembedahan Lapan Jam

HKL Berjaya Sambung Semula Tangan Anggota Polis Dalam Pembedahan Lapan Jam

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur (HKL) berjaya menjalankan pembedahan penyambungan semula tangan (hand replantation) Lans Koperal Thierry Rodger anak...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd