LABUAN – Mayat seorang wanita dipercayai dalam lingkungan usia 20 tahun, ditemukan di dalam longkang di Jalan Tun Mustapha di sini hari ini.
Ketua Polis Labuan Supt Mohamad Farid Ahmad berkata usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti identiti mangsa dan punca kematian.
“Mayat berkenaan dipenuhi lumpur ketika ditemukan di dalam longkang itu awal pagi ini,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu supaya menghubungi polis bagi memudahkan siasatan. – BERNAMA