• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Perlis Dibubar Esok -Azlan

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibubar esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 diadakan.

Azlan berkata pembubaran itu telah dimaklumkan dan mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ketika beliau mengadap baginda kira-kira 2.30 petang tadi.

“DUN akan dibubarkan seperti yang termaktub dalam Perkara 55 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis, serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat esok,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks DUN di sini, hari ini.

Turut bersama beliau ketika pengumuman itu dibuat antaranya Speaker DUN, Datuk Hamdan Bahari, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri.

Perlis mempunyai tiga Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau. Ketiga-tiga Parlimen itu dikuasai Barisan Nasional (BN).

Daripada 15 kerusi DUN, 13 kerusi dikuasai BN, manakala hanya dua kerusi jatuh ke tangan pembangkang iaitu Sanglang (PAS) dan Indera Kayangan (PKR). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan...

Kaji Dulu Secara Sebelum Laksana ICERD – MB Perlis

07/11/2018
0

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta kerajaan persekutuan mengkaji dengan mendalam kesan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd