• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Makin Biadab, Pertikai RoS Bubar PPBM

oleh
06/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… Dalam situasi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), maka satu strategi yang biasa digunakan ialah ‘buat bising’ untuk tarik perhatian cetus simpati rakyat benci kepada kerajaan.

Maka seperti diduga, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan angkuh mempertikaikan perintah ‘bubar sementara’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Jika berdasarkan arahan RoS seperti yang diberitahu Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim di Putrajaya semalam, PPBM sebenarnya langsung tidak boleh berfungsi sepanjang perintah pembubaran sementara itu berkuat kuasa.

Namun PPBM sudah seperti merancang sengaja hendak langgar perintah itu kerana mendakwa konon pihak RoS pula tersilap dalam tindakan tersebut malahan dianggap Mahathir, 92, sebagai tindakan lucu dan sukar difahami.

Beliau dalam sidang akhbar pada lewat malam Khamis sebaliknya dengan nada biadab mendakwa ada beberapa kesilapan teknikal dalam notis yang dihantar oleh pihak RoS kepada PPBM termasuk alamat surat-menyuratnya.

Baca: PPBM Bakal Berkubur, RoS Perintah Bubar Sementara

“Ayat dihantar itu sangat lucu sehingga sukar difahami dan surat tersebut juga mengandungi istilah yang saya tidak pasti sama ada bubar atau batal jadi kami rasa parti ini masih berfungsi hingga RoS batalkan parti ini secara rasmi.

“Memandangkan RoS sendiri tidak patuhi Akta Pertubuhan 1966, maka perintah itu belum lagi disampaikan dengan sah dan sempurna dan dianggap tidak sah,” dalih Mahathir seperti cuba menyembunyikan kelemahan partinya itu.

Bahkan dakwa beliau lagi, tiada istilah ‘bubar sementara’ sebaliknya apa yang ada ialah langsung batal. Justeru kata Mahathir dengan nada penuh yakin bahawa PPBM kononnya akan terus dan boleh berfungsi seperti biasa.

Beliau selaku Pengerusi Pakatan Harapan yang juga tidak diiktiraf PPBM sebagai badan berdaftar berkata, PPBM akan kemuka rayuan terhadap perintah itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya jika gagal PPBM hendak bawa kes ke mahkamah. PPBM juga akan terus berkempen menggunakan nama dan logo. Beliau terus menyalahkan RoS sebagai punca PPBM dirudum masalah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jabatan Pendaftaran PertubuhanPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd