• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bot Tangkap Ikan Guna Racun, Bom Ikan Ditahan

oleh Ahmad Albab
07/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu menahan dua bot yang disyaki menangkap ikan menggunakan racun dan bahan letupan di kawasan perairan Pulau Mengalum, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata kedua-dua bot itu ditahan sekitar 11.20 hingga 11.50 malam oleh anggota peronda Kapal Maritim Berani (KM Beran) yang melakukan Op Khas di kawasan pantai Pulau Mengalum itu.

“Ketika operasi itu, anggota peronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan. Apabila dihampiri, bot tersebut cuba melarikan diri dan kelihatan awak-awak bot sedang mencampakkan sesuatu ke dalam laut, namun berjaya dipintas.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua juragan warga tempatan bersama empat awak-awak yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dalam lingkungan umur 32 – 50 tahun berada di atas kedua-dua bot terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan menjumpai serbuk putih dipercayai racun sianida serta peralatan yang dibuang ke dalam laut disyaki bom ikan, selain ikan yang ditangkap menggunakan bahan berkenaan.

Bot, juragan dan awak-awak ditahan dan diiringi ke jeti Pulau Mengalum untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: APMMBom Ikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd