• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Tarik Diri Acara Pecut

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRISBANE – Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang menarik diri daripada acara pecut pada temasya Sukan Komanwel 2018 berikutan masih bergelut dengan jangkitan virus yang dialaminya semasa Kejuaraan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda, awal bulan lepas.

Keputusan menarik diri dalam acara pecut itu disahkan oleh jurulatih trek negara, John Beasley.

Bagaimanapun, katanya, pelumba berusia 30 tahun dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ boleh melakukan kejutan sekiranya layak ke final acara keirin di sini esok.

Beliau berkata Azizulhasni terpaksa menarik diri daripada acara pecut selepas diserang jangkitan virus kali kedua pada paru-paru.

Dalam acara keirin esok, katanya, beliau berharap bekas juara dunia keirin itu akan mendapat laluan mudah pada peringkat awal dan sekiranya layak ke pusingan final beliau belum tahu kemampuan sebenarnya.

“Saya hanya mahu beliau sembuh semula…oleh itu kami tidak mahu beliau menyertai banyak perlumbaan di sini,” kata Beasley kepada pemberita di Velodrom Anna Mearas, di sini hari ini.- BERNAMA

Tags: Azizulhasni
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd