• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahali Mahukan Keputusan Positif Menentang Perak

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain sayap PKNS FC, Mahali Jasuli mengharapkan satu keputusan positif dapat diraih sewaktu melayani kunjungan Perak dalam aksi pertama saingan suku akhir Piala FA 2018 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Mahali, 29, berkata pasukannya melakukan persiapan rapi bagi menghadapi aksi tersebut dan keputusan positif di laman sendiri itu akan memberi motivasi serta membakar semangat pemain menjelang aksi kedua pada 21 April ini.

Beliau berkata ​​​​ Perak yang kini menghuni tangga keenam Liga Super sudah pasti menurunkan skuad terbaik untuk memburu kemenangan sekali gus menebus kekecewaan edisi 2016 apabila disingkirkan PKNS pada peringkat separuh akhir.

“Persiapan dilakukan amat baik kerana kita tahu perlawanan Sabtu ini sedikit berbeza dan Perak mungkin akan turun dengan misi membalas dendam edisi 2016 serta kekalahan pada aksi Liga Super, Februari lalu. Oleh itu kami perlu kekalkan fokus dalam aksi tersebut dan lebih waspada terhadap cabaran mereka nanti.

“Kita akui prestasi Perak dalam tiga perlawanan sebelum ini agak konsisten tetapi apa yang pasti mentaliti pemain (PKNS) sudah pun berada di tahap yang inginkan kemenangan dan berharap pada perlawanan Sabtu ini kami dapat meraih keputusan positif untuk dibawa ke perlawanan kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Puma Future 18.1 oleh Puma Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai posisi baharunya dalam skuad kebangsaan, beliau menyifatkan ia tidak memberi kesan kepada peranannya di kelab selaku pemain sayap dan bersedia diturunkan di mana-mana posisi jika diperlukan jurulatih.

Mahali bertindak sebagai pemain tengah ketika membantu skuad kebangsaan kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe menamatkan kemarau 12 perlawanan tanpa sebarang kemenangan dengan membelasah Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Kelas A di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lepas.

“Bagi saya tidak menjadi masalah jika diturunkan di mana-mana posisi dan saya sentiasa bersedia jika diperlukan bermain di tengah atau pun sayap,” katanya. – BERNAMA

Tags: mahali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd