• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azroy Mahu Hantar Ibu Tunaikan Umrah

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – “Angah nak bawa ma (mama) pergi (mengerjakan) umrah,” itu antara ayat pertama diluahkan atlet angkat berat negara Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, sejurus memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, hari ini.

Muhammad Azroy yang mesra disapa dengan panggilan Angah sempat membuat panggilan video kepada keluarganya bagi memaklumkan tentang kemenangannya itu.

Ibunya, Rohana Ahmad, 45, berkata, anak kedua dari lapan beradik itu berpesan supaya menonton aksinya menerusi siaran langsung di televisyen kira-kira 6.30 pagi.

“Saya bangun 4 pagi dan memasak sebelum ke rumah kakak di Kampung Sungai Puteri untuk menonton acara yang disertai Angah bersama ahli keluarga yang lain.

“Ketika Angah diumumkan sebagai pemenang, saya berasa seakan mahu pitam dan tidak percaya kerana anak saya berjaya menyumbang pingat untuk negara, perasaan terharu dan bangga semuanya bercampur baur,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sepakat di sini hari ini.

Rohana berkata sejak daripada awal, dia yakin anaknya itu mampu meraih pingat emas meskipun Azroy agak ragu-ragu akan kemampuannya.

Beliau berkata hampir setiap hari dia akan menghantar mesej kata-kata semangat menerusi aplikasi WhatsApp kepada Angah bagi menaikkan moralnya.

“Saya menyatakan kepadanya yang beliau mampu untuk meraih kemenangan dan membawa pulang pingat emas untuk saya dan adik-adiknya.

“Angah seorang yang sangat komited dengan apa yang dilakukannya dan bersungguh-sungguh setiap kali menjalani latihan. Saya lihat bagaimana pengorbanannya sejak menceburkan diri dalam sukan berkenaan ketika berusia 14 tahun,” katanya.

Rohana berkata perjalanan karier Angah penuh berliku kerana ketika di awal pembabitan anaknya itu, dia terpaksa menghantar Angah untuk menjalani latihan di Pusat Angkat Berat Rompin dengan hanya menaiki basikal.

Malah, adakalanya dia terpaksa berjalan demi memastikan Angah tidak terlepas sesi latihan dan nyata pengobanannya itu berbaloi apabila melihat anak kesayangannya itu dikalungkan pingat emas.

Mengulas pembabitan Angah dalam sukan angkat berat, Rohana berkata ia banyak dipengaruhi oleh bapanya, Izhar Ahmad Ramli, 46, yang juga atlet angkat berat Pahang.

Beliau berkata seawal usia empat tahun Angah sudah menunjukkan minat dalam sukan berkenaan sebelum menjalani latihan secara serius sejak berusia 14 tahun.

“Sejak daripada itu dia tidak pernah menoleh ke belakang dan menjalani latihan bersungguh-sungguh, tidak pernah putus asa malah menunjukkan semangat juang yang tinggi.

“Saya berbangga dengannya, segala kepayahan dan pengorbanannya selama ini terbalas dengan kejayaan yang diperolehnya ini,” katanya.

Muhammad Azroy sebelum ini pernah meraih pingat perak pada Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Azroy melakar sejarah tersendiri pada Sukan Komanwel Gold Coast apabila muncul atlet pertama negara meraih pingat emas apabila mengungguli kategori 56kg di Carrara Sports and Leisure Centre hari ini.

Lebih bermakna, dia turut memecahkan dua rekod Sukan Komanwel, kedua-duanya milik Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara snatch dan keseluruhan.

Azroy melakukan angkatan 117kg dalam acara snatch mengatasi rekod 116kg Amirul pada Sukan Komanwel New Delhi 2010, 144kg dalam clean and jerk dan 261kg dalam acara keseluruhan yang memecahkan rekod Amirul di Manchester 2002. – BERNAMA

Tags: Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Angkat Berat Raih Emas Pertama Di Sukan Komanwel

05/04/2018
0

GOLD COAST - Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad muncul menjadi wira apabila meraih pingat emas pertama untuk Malaysia setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd