• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Kongsi ‘Rahsia’ Susut 14 Kilogram Lepas Bersalin

oleh
05/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMALAN pemakanan sihat yang diamalkan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selepas bersalin membuahkan hasil apabila berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 14 kilogram (kg).

Memetik BH Online, Siti berkata selain daripada faktor pemakanan, keletihan akibat kerap berjaga malam turut menyumbang kepada penurunan berat badannya.

“Siti agak teruja dan asyik nak tengok anak selepas menjadi ibu. Siti juga sanggup bersengkang mata semata-mata nak tunggu dia. Kebetulan pula, Aafiyah memang kerap berjaga malam untuk menyusu.

“Apabila terlalu letih, ditambah dengan amalan diet yang ketat dan pemakanan sihat disediakan pihak yang menjaga Siti sepanjang proses berpantang, ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

“Siti pula bukanlah tertekan nak cepat kurus. Cuma, apabila bersalin secara pembedahan, Siti kenalah pulihkan dulu bahagian dalaman sebelum melakukan proses penjagaan ketika berpantang.

“Selepas 17 hari, barulah doktor memberikan lampu hijau untuk menjalani proses bertungku, berurut dan sebagainya,” kata Siti.

Sementara itu, berkongsi mengenai puteri sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, Siti berkata permata hatinya itu tidak banyak meragam dan mudah untuk dijaga.

“Aafiyah memang tak banyak kerenah. Dia menangis pun apabila lapar susu saja. Selebihnya dia akan tidur.

“Kadang-kadang, lampin basah pun dia tak menangis. Cuma dia suka berjaga malam. Waktu siang, dia akan tidur lama-lama dan apabila malam pula, mulalah dirinya berjaga.

“Siti kenalah layan. Keadaan itu yang membuatkan ada masanya Siti dapat tidur tiga jam saja,” ujar Siti. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Seri Siti Nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siti Nurhaliza Paling Ramai Pengikut IG Di Malaysia

31/01/2019
0

HEBAT... Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kini menjadi individu dengan jumlah pengikut Instagram terbanyak di Malaysia....

Siti Rai Ulang Tahun Ke-40 Dengan Konsert 4 Negara

11/01/2019
0

HEBAT... Ratu Pop Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyambut hari kelahirannya yang genap ke-40 pada hari ini. Penyanyi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd