• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Cadangan Wajibkan Guna Teknologi IBS

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan pihak swasta supaya menggunakan teknologi sistem pembinaan berindustri (IBS) untuk setiap projek pembinaan yang melebihi kos RM50 juta bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing selain memendekkan waktu pembinaan.

Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan, Kementerian Kerja Raya Datuk Abdul Razak Jaafar berkata pada masa kini, pihak swasta yang menjalankan projek pembinaan melebihi kos berkenaan diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan teknologi itu atau sebaliknya.

“Sebelum ini, projek pembinaan kerajaan yang melebihi RM10 juta telahpun kita wajibkan untuk menggunakan teknologi IBS ini kerana ia lebih cepat, buruh asing yang digunakan juga berkurangan.

Jadi kerajaan bercadang untuk meminda beberapa peraturan serta akta tertentu untuk wajibkan penggunaan IBS ini di sektor swasta pula dan ia akan dibincangkan tidak lama lagi dengan mesyuarat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kejuruteraan Paip dan Perancah di sini hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang Abd Gapar Lambak.

Seramai 250 peserta menyertai seminar ini yang merupakan sesi pertama dilaksanakan pada tahun ini.

Sepanjang tahun lepas, seminar yang sama telah diadakan empat kali iaitu di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah dengan disertai 1,110 kontraktor Bumiputera daripada pelbagai peringkat.

Objektifnya adalah untuk memastikan kontraktor binaan Bumiputera lebih berdaya saing dalam industri pembinaan selain memberi pendedahan mengenai teknologi paip dan perancah kepada peserta. – BERNAMA

Tags: Datuk Abdul Razak JaafarTeknologi IBS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd