• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lot Tanah, Wang Tunai Menanti Azroy

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Kerajaan Pahang mempertimbangkan untuk memberi insentif berbentuk lot tanah dan wang tunai sebagai hadiah kepada atlet angkat berat negara, Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel di Australia, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata kejayaan atlet kelahiran Rompin itu amat membanggakan, tambahan pula Azroy muncul atlet pertama menyumbang emas kepada negara dalam acara snatch 56kg di Arena Sukan Carrara, Gold Coast.

“Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan jutaan syabas dan terima kasih kepada Azroy atas pencapaiannya itu. Syabas juga kepada jurulatih yang bekerja keras membentuk juara dari daerah di Pahang.

“Kejayaan Azroy itu berjaya mengekalkan imej Rompin sebagai daerah yang melahirkan ‘badang’ sekali gus mengekalkan status Rompin sebagai daerah yang terkenal dengan sukan angkat berat,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Mohd Johari berkata insentif yang sama pernah diberikan kepada juara silat dunia berasal dari Bukit Setongkol di Kuantan, Mohd Al Jufferi Jamari dan jurulatih silat kebangsaan, Nasri Nasir dari Temerloh.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam membangunkan sukan angkat berat di Rompin dengan pelbagai insentif dan program sejak 1994.

“Perkembangan sukan angkat berat di daerah ini amat baik sekali dan pencapaian cemerlang ini terbukti dalam tempoh 10 tahun ini.

“Segala pengorbanan oleh atlet dan jurulatih serta peruntukan yang diberikan kepada sukan ini membuahkan hasil dan saya berharap Rompin akan terus melahirkan jaguh angkat berat secara konsisten,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Johari Hussain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd