• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Mangsa Penipuan ‘Jenny’ Tampil Buat Aduan

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang menerima lima lagi aduan penipuan wanita bernama ‘Jenny’ berhubungan tawaran rumah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata semua mangsa yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 54 tahun itu membuat aduan di balai polis di daerah ini semalam.

“Suspek yang dikenali sebagai Jenny didakwa menawarkan tawaran rumah PR1MA Pahang dengan mendakwa dirinya mengenali orang dalam pejabat kerajaan yang boleh mendapatkan rumah itu.

Ada mangsa yang diperdayakan apabila suspek mendakwa dirinya sebagai ejen jualan kepada projek perumahan PR1MA, “ kata beliau.

Suspek akan meminta mangsa menyerahkan wang antara RM1,000 sehingga RM3,500 kepadanya yang kononnya sebagai deposit untuk mendapatkan rumah itu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa dijanjikan akan mendapat rumah yang antaranya didakwa di Indera Sempurna di sini, selepas Tahun Baharu Cina atau Mac lepas, namun sehingga kini tidak ditunaikan suspek.

Dua hari lepas, Mohd Wazir mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 31 tahun di Taman Tas di sini, kerana disyaki menipu 71 mangsa dengan menawarkan mereka rumah PR1MA Pahang, melibatkan kerugian berjumlah RM84,000.

Mohd Wazir menambah suspek yang sudah berkahwin itu akan didakwa di mahkamah esok.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda. – BERNAMA

Tags: Penipuan 'Jenny'Supt Mohd Wazir Mohd Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

Polis Tahan ‘Datin’ Terlibat Jual Darjah Kebesaran Palsu

23/02/2018
0

KUANTAN – Polis menahan seorang wanita bergelar ‘Datin’ kerana dipercayai terlibat dengan sindiket penawaran serta penjualan gelaran darjah kebesaran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd