• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Tawar 300 Biasiswa Pelajar Cemerlang Malaysia

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi menawarkan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 untuk melanjutkan pengajian ke negara itu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata biasiswa itu selain bagi meringankan bebanan kewangan pelajar terpilih untuk melanjutlkan pelajaran ke negara itu, ia turut membuktikan hubungan erat sedia ada antara kedua-dua negara.

“Biasiswa tersebut merangkumi pembiayaan insurans perubatan, perumahan, tiket penerbangan pergi dan balik setiap tahun dan elaun bulanan.

“Pemberian biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi berikutan kos pengajian dan sara hidup yang tinggi di sana,” katanya kepada pemberita di Kedutaan Arab Saudi di sini hari ini.

Terdahulu, Idris menyampaikan sijil kecemerlangan kepada 25 pelajar Arab Saudi yang sedang meneruskan pengajian di Malaysia.

Idris berkata pemberian biasiswa kerajaan Arab Saudi itu meliputipelajar Malaysia yang ingin mengikuti pengajian peringkat sarjana muda, sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) untuk semua jurusan pengajian.

Selain itu, Idris berkata Malaysia turut menjadi pilihan pelajar Arab Saudi untuk melanjutkan pengajian apabila lima insttitusi pengajian tinggi (IPT) negara ini kini tersenarai dalam lapan IPT terbaik di Asean.

“Malaysia berada di tangga ke 12 bagi destinasi pendidikan pilihan (Unesco) dan berdasarkan laporan ‘QS Best Student Cities Survey 2017’, Kuala Lumpur telah tersenarai selama tiga tahun berturut-turut sebagai bandaraya paling murah untuk diduduki dalam kalangan pelajar antarbangsa.

“Sudah terbukti, pendidikan kita mempunyai banyak kelebihan yang boleh ditawarkan kepada warga Arab Saudi,” katanya.

Pada masa ini terdapat 1,300 pelajar Arab Saudi yang berdaftar sedang menuntut di IPT Malaysia.

Sementara itu, Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saeed Qattan, berharap tawaran biasiswa kepada pelajar Malaysia itu dapat mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Kita menawarkan biasiswa untuk semua bidang pengajian di institusi pengajian awam di Arab Saudi kecuali jurusan perubatan,” katanya.

Menurutnya pelajar Malaysia yang berminat untuk memohon biasiswa itu boleh melayari laman web kemasukan ke universiti awam di Arab Saudi untuk memilih jurusan yang sesuai. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd