• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Negarawan Sejati Hina Sabah, Sarawak Pemalas

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tun Dr Mahathir Mohamad bukan negarawan sejati jika tergamak menghina rakyat Sabah dan Sarawak sebagai golongan malas, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Arifin Airif hari ini.

Mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Mohd Arifin kesal dengan tindakan Dr Mahathir itu, yang pernah disegani orang ramai sebagai pemimpin yang lama mentadbir negara.

“Saya berharap itu bukanlah kenyataan beliau (Dr Mahathir). Tetapi kalau itulah kenyataannya, itu sudah tidak betul.

“Kalau beliau telah berkata begitu, ertinya beliau bukanlah seorang negarawan yang melihat rakyat sebagai manusia yang telah diberi akal dan jiwa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di sini.

Mohd Arifin juga meminta agar rakyat di Sabah, khususnya, tidak dipandang rendah oleh sesiapa kerana masing-masing diciptakan dengan fitrah dan kapasiti yang sama.

Pada forum itu, pengerusi Pakatan Harapan itu dilaporkan berkata Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri lain di Semenanjung kerana masyarakatnya “bermentaliti rendah” dan pentadbir dua negeri itu yang tamak dan mahu meraih wang cepat seperti menjual hasil balak negeri ke luar negara. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd