• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Semua Pihak Perlu Ambil Iktibar Isu Nadiyah Shahab”

oleh
05/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita pelakon kelahiran Singapura, Nadiyah Shahab yang dilarang memasuki Malaysia dek kerana tidak memiliki permit bekerja.

Susulan perkara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) iaitu Zed Zaidi menggesa supaya semua pihak mengambil pengajaran daripada insiden tersebut.

Menurut Zed, insiden tersebut perlu dijadikan iktibar kepada semua termasuk pihak produksi kerana setiap negara mempunyai sistem perundangan masing-masing yang wajib dipatuhi.

Justeru, Zed berkata perkara seperti itu tidak seharusnya dipandang ringan dan sebaliknya semua pihak perlu membuka mata dalam menangani masalah ini.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi.

Pada masa sama, Zed turut meluahkan rasa syukur kerana usaha SENIMAN bagi memastikan penggiat seni luar negara untuk berdaftar sebagai ahli kini dilihat semakin membuahkan hasil.

Ujar Zed, jumlah penggiat seni warga asiang yang berdaftar dengan pihak SENIMAN sehingga kini adalah sebanyak 10 peratus.

“Perkara ini saya bangkitkan bukan untuk kepentingan peribadi. Apa yang penting, usaha SENIMAN membentangkan isu ini akhirnya mendapat perhatian agensi kerajaan.

“Kalau dulu ada yang memperlekeh kewibawaan SENIMAN, kononnya kami bercakap kosong, tetapi lihat perubahan sekarang,” katanya dipetik BH Online.

Pelakon kelahiran Singapura, Nadiyah Shahab.

Pada Isnin, Nadiyah telah dilarang memasuki Malaysia selepas ditahan pihak imigresen di Johor atas alasan tidak memiliki permit bekerja.

Memetik sumber, ketika kejadian Nadiyah ditemani oleh tunangnya iaitu Ben Ali.

Disebabkan insiden tersebut pelakon wanita itu terpaksa kembali ke Singapura dan membiarkan tunangnya pulang ke Malaysia secara sendirian. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: nadiyah shahabZed Zaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zed Zaidi Antara 4 Didakwa Sebar Berita Palsu COVID-19

21/02/2020
0

SEPANG - Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi merupakan antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini, hari...

Sebar Berita Palsu Coronavirus, Zed Zaidi Dipanggil SKMM

01/02/2020
0

CYBERJAYA - Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil, hari ini, hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd