• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Peserta AF 2016 Maut Dirempuh Lori

oleh
04/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAKZIAH… Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 2016 maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan bertembung sebuah lori muatan tiga tan semalam.

Media tempatan melaporkan bahawa insiden tragik menimpa artis berusia 25 tahun tersebut berlaku di Kilometer 17.8, Kampung Kelawat, Jalan Tamparuli-Ranau, Sabah kira-kira pukul 1 petang Selasa.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau nama pentasnya, Emy namun disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Dzulbaharin Ismail berkata, sebelum insiden pemandu lori berusia 55 tahun dalam perjalan dari arah Ranau menghala ke Kota Kinabalu manakala mangsa pula dari Tamparuli.

“Difahamkan, sebaik melalui satu selekoh yang berbukit, motosikal mangsa bagaimanapun dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan lori tersebut.

“Mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Emy diserap masuk dalam program realiti tersebut pada minggu ketiga selepas menjuarai pertandingan JoHaRockstar tetapi tersingkir pada konsert kelima AF 2016. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Akademi Fantasia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahniah! Hafiz Suip Kini Sudah Bergelar Bapa

31/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Mohd. Hafiz Mohd. Suip kini bergelar bapa selepas menyambut bayi lelaki pertama yang selamat dilahirkan isterinya,...

Banyak Kontroversi Melanda, Shahir ‘Hilang’ Lagi

22/11/2017
0

SELEPAS hilang selama hampir lima tahun sebelum kembali muncul ketika program Akademi Fantasia Megastar yang berlangsung bulan lalu, kini Shahir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd