• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Perkasa MYCC Tangani Harga Barang Naik

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkasa dan memperkukuh peranan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menangani isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata suruhanjaya itu kini memerlukan bilangan anggota dan kepakaran yang lebih ramai supaya dapat bertindak lebih efisien dalam berperanan menggalakkan persaingan lebih sihat bagi kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi negara.

“Antara faktor harga (barang) naik adalah kerana kartel (manipulasi harga oleh orang tengah). Walaupun ada undang-undang yang dikuatkuasa untuk membasmi monopoli kartel, ia perlu seiring dengan penguatkuasaan.

“Kita akan menambah bilangan pegawai dan kakitangan MyCC, bertujuan memperhebat aspek penyiasatan dan penyelidikan,” katanya pada majlis #Bebaskartel Mega Celebration 2018 di sini hari ini.

Majlis bersempena ulang tahun MyCC yang ketujuh adalah sebahagian daripada program advokasi yang dijalankan suruhanjaya itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap Akta Persaingan 2010.

Pada majlis sama, Hamzah turut melancarkan Pelan Advokasi dan Komunikasi Persaingan 2018-2020 yang merupakan strategi MyCC dalam menyediakan rangka kerja pelaksanaan advokasi persaingan.

Turut hadir menyerikan majlis itu adalah selebriti terkenal Lisa Surihani yang juga adalah duta MyCC. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainudinKPDNK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Hamzah Nafi Dakwaan Azmin, Tetap Balik Larut

06/05/2018
0

LARUT - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menyelar Menteri Besar Selangor Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd