• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Cium Beg, Lihat Saja Cara Orang Jepun Ni…

oleh AK-47
03/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini, kecoh sebentar ruangan siber di Malaysia apabila seorang penumpang pesawat sebuah syarikat penerbangan kos rendah memuat naik insiden basikalnya rosak teruk.

Ia akibat bagasinya tidak dikendalikan dengan cermat oleh staf syarikat berkenaan ketika dipunggah keluar dari kapal terbang di KLIA2, Sepang, Selangor selepas tiba dari Taiwan.

Susulan kontroversi itu, ketua pegawai operasinya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penumpang tersebut dan berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penggunanya.

Malah, tular pula gambar-gambar pekerja pengendali bagasi syarikat itu memohon maaf sambil mencium beg-beg milik penumpang sebagai ‘tanda’ kasih sayang dan pengendalian yang agak teliti.

Namun, bukan semua yang menganggap permohonan maaf itu sesuatu yang ikhlas dan datang daripada kebaikan hati kakitangan syarikat tersebut.

Segelintir netizen berpendapat mereka tidak perlu mencium beg penumpang semata-mata untuk membuktikan sesuatu, tetapi sekadar menjaga dengan cermat bagasi penumpang sudah cukup memadai.

Mungkin syarikat itu perlu mencontohi cara orang Jepun dalam urusan pengendalian jutaan bagasi penumpang penerbangan mereka.

Di Jepun, bukan sahaja bagasi anda disambut dengan penuh cermat, malah ia dilap dan dibersihkan dahulu sebelum ‘dihantar pulang’ kepada tuannya!

Video memaparkan pekerja lapangan terbang itu mengelap bagasi yang baru tiba di tali sawat penyampai  dengan berhati-hati dan kelihatan amat ‘ikhlas’ sekali melakukan tugasnya itu kini tular di seluruh dunia.

Tidak dapat dipastikan di lapangan terbang manakah insiden ini berlaku, namun mungkin syarikat penerbangan dan pekerja lapangan terbang di Malaysia boleh belajar satu atau dua perkara berharga daripada video ini! – MYNEWSHUB.CC

Tags: bagasilapangan terbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd