• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Kaji Naik Taraf Lapangan Terbang Sarawak

oleh AK-47
03/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengkaji cadangan untuk menaik taraf kemudahan yang sedia ada di beberapa lapangan terbang utama di negeri ini.

Jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing akan menjalankan kajian bagi menentukan kemudahan yang perlu dinaik taraf di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) serta di lapangan terbang Sibu, Miri dan Bintulu di samping kos yang diperlukan untuk tujuan tersebut.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata jawatankuasa itu akan mengumpul input dalam pelbagai aspek termasuk reka bentuk moden untuk lapangan terbang berkenaan.

“Saya telah mencadangkan kepada Malaysia Airport agar dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri sekiranya mereka mahu menjalankan sebarang kerja naik taraf di lapangan terbang kita supaya ianya menjadi lebih selesa dan mesra penumpang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi e-dompet di KIA di sini.

“Kesemua lapangan terbang kita belum mencapai tahap piawaian antarabangsa dan KIA juga tidak mesra penumpang kerana tidak mempunyai perkhidmatan eskalator seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya,

“Saya merasa malu dengan taraf lapangan terbang kita… lapangan terbang antarabangsa hanya pada nama, tetapi kemudahan tidak menepati standard antarabangsa,” katanya sambil menambah bahawa KIA seharusnya mempunyai standard seperti KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.

Ketua Menteri berkata selain pembangunan di lapangan terbang utama beberapa jalur pendaratan akan di bina termasuk di Sadok, Betong dan Tutoh di Miri dengan menelan belanja RM2.5 juta.

Turut hadir ialah Masing, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali, dan Pengerusi Malaysia Airports, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail. – Bernama

Tags: Lapangan Terbang Sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd