• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamidin Sedia Galas Tanggungjawab Presiden FAM

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan kesediaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden FAM yang baharu pada Kongres Tahunan kali ke-54 badan induk itu dijadual berlangsung Julai depan.

Hamidin yang mula menyandang jawatan Setiausaha Agung itu pada 2013, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak selain turut berbincang bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Sudah tentu hari ini saya menunggu jawapan daripada Exco FAM selepas Tunku Ismail mengesyorkan saya sebagai calon presiden baharu… Saya begitu terharu dengan sokongan daripada mereka (exco) yang semuanya dengan satu niat bersetuju mahu fasa peralihan bola sepak negara dapat dijalankan dengan baik.

“Setelah mengambil kira semua faktor selain berbincang dari hati ke hati bersama Tunku Ismail serta mendapatkan pandangan pelbagai pihak, saya ingin mengesahkan saya bersedia bertanding jawatan presiden FAM pada Kongres Tahunan, Julai ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di sini, hari ini.

Terdahulu, mesyuarat khas itu sebulat suara bersetuju menerima peletakan jawatan Tunku Ismail sebagai presiden serta memilih Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi untuk memangku jawatan yang dikosongkan TMJ itu sehingga kongres tahunan badan induk itu nanti.

Pada masa sama, Hamidin berharap hasrat Tunku Ismail untuk melihat beliau menyambung tugasan baginda selaku presiden dipersetujui semua pihak, namun tidak menghalang sekiranya ada mana-mana anggota gabungan FAM yang ingin mencalonkan individu lain.

“Kancah bola sepak negara kita ini berada pada tahap di bawah, jadi kita di bahagian kepimpinan tertinggi seperti yang diamanahkan oleh Tunku Ismail inginkan satu fasa peralihan yang cantik tanpa sebarang masalah untuk terus bergerak ke hadapan.

“Sudah tentu dalam undang-undang dibenarkan orang untuk bertanding dan kita tidak akan melarang siapa sahaja yang ingin bertanding. Tetapi kalau mereka memikirkan demi kebaikan bola sepak negara dan mengambil kira sokongan diberikan barisan Exco, kita berharap kalau boleh biarkan hanya satu calon.

“Seperti saya katakan, sesiapa pun rakyat Malaysia kalau dicalonkan oleh anggota gabungan (FAM), mereka berhak bertanding,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd AminFAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd