• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM5.68 Juta Peruntukan Seleggara Sekolah ATM 2016-2017

oleh AK-47
02/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan membelanjakan sebanyak RM5.68 juta untuk penyelenggaraan sekolah di kem Angkatan Tentera (ATM) pada 2016 hingga tahun lalu, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata penyelenggaraan itu membabitkan 38 sekolah dalam kem ATM terdiri daripada 33 sekolah rendah, empat sekolah menengah dan sebuah MRSM dengan jumlah pelajar seramai 17,984 orang.

Katanya pembangunan infra pendidikan itu merupakan antara pendekatan yang dilaksanakan menerusi Blueprint Agenda Pendidikan Kementerian Pertahanan 2018-2022 yang dilancarkan pada 11 Jan 2018 menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Komunikasi Multimedia dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Antara program lain yang dilaksanakan adalah kerjasama strategik antara Kementerian Pertahanan dan KPM bagi mengiktiraf sembilan sekolah dalam kem ATM sebagai sekolah cemerlang dalam jangka masa lima tahun (bermula tahun ini),” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Siti Aishah Shaik Ismail mengenai inisiatif kerajaan di bawah Blueprint Agenda Pendidikan dan hala tuju kementerian itu bagi menjaga kebajikan warga ATM.

Menjawab soalan tambahan Senator Dr Ariffin SM Omar mengenai kelayakan akademik tenaga pengajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd Johari berkata kementerian berkenaan sentiasa memberi peluang dan galakan kepada tenaga pengajar universiti itu untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi bagi mengukuhkan tahap akademik.

Beliau berkata peningkatan tahap ilmu pengetahuan pensyarah itu berubah mengikut perkembangan pada masa ini termasuk pendedahan menerusi kursus dan seminar hingga ke peringkat antarabangsa.

“Kami sentiasa beri galakan kepada pensyarah untuk terus belajar hingga ke peringkat PhD (Doktor Falsafah). Mereka juga didedahkan dengan kursus dan seminar di peringkat antarabangsa,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Johari Baharum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Perlu Sokongan Pusat Untuk Terus Maju

06/03/2018
0

KUBANG PASU - Kedah memerlukan sokongan padu Kerajaan Persekutuan untuk terus maju, sekali gus berkembang pesat pada masa hadapan, kata...

PLKN 2.0 Bawa Perubahan Positif Kepada Pelatih

22/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) membawa perubahan yang lebih baik kepada pelatihnya sejak transformasi dilaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd