• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fathia Tiada Niat Persenda ‘Kisah’ Sufian-Elfira

oleh
02/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGLE terbaru Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu meletuskan fenomena luar biasa apabila purata tontonan muzik video lagu tersebut kini sudah mencecah 7 juta dalam masa seminggu.

Ternyata kekuatan lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu bukan sahaja mendapat sambutan luar biasa daripada netizen malah turut menerima perhatian selebriti tempatan antaranya, Fathia Latiff.

Berbeza dengan selebriti lain, Fathia mendapat perhatian netizen apabila dilihat membuat kelainan dengan merakam versi balasan (reply) lagu berkenaan dan memuat naiknya di laman YouTube Mixology Music pada Jumaat.

Lebih mengejutkan adalah Fathia dilihat telah mention nama pelakon, Elfira Loy ketika mempromosi lagu tersebut di laman Twitter miliknya sehingga mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Disebabkan perkara itu menjadi bualan hangat netizen, pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Menurut Fathia, dia sama sekali tidak memiliki niat untuk mempersenda mahupun mengambil kesempatan di atas episod duka lara kisah putus tunang antara Sufian dan Elfira.

Sebaliknya, Fathia menjelaskan bahawa dia dan penyanyi, Hez Helmi menukar lirik lagu tersebut hanya sekadar hiburan semata-mata.

“Saya ada terbaca kisah mereka di laman sosial. Jadi, saya saja mencuba untuk menukar lirik lagu Di Matamu versi balasan (reply).

“Memang tak ada niat nak ambil kesempatan dengan kisah mereka. Hanya sekadar untuk hiburan sahaja. Bila saya tag Elfira, mestilah dia terkejut.

“Tapi dia okey sahaja. Kenapa netizen nak pertikaikan sedangkan empunya badan pun tak kata apa-apa,” kata Fathia dipetik mStar Online.

Fathia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakannya mengaitkan nama Elfira ketika mempromosi lagu berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Fathia berkata fokusnya kini terarah untuk memberi komitmen pada bidang nyanyian dan dikatakan bakal muncul dengan single pertama berjudul Keluarkan Aku pada April depan.

Difahamkan, Keluarkan Aku merupakan single yang menceritakan tentang perjalanan hidup Fathia. –MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: fathiaFathia Latiff
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fathia Akui Selama Ini Bertudung Bukan Kerana Allah

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff...

Video Mirip Fathia Latiff Tidak Berhijab Tular

28/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Rata-rata netizen terkejut dengan penularan sebuah video yang didakwa mirip pelakon Fathia Latiff tular di laman sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd