• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLJCC Beroperasi Menjelang Akhir 2020

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCC), yang pembinaannya akan bermula menjelang suku ketiga tahun ini dijangka beroperasi menjelang akhir tahun 2020.

Pusat Kanser yang akan dibina di Iskandar Puteri oleh pakar penjagaan kesihatan yang berpusat di Singapura – Asian American Medical Group (AAMG) – meliputui kawasan seluas kira-kira 14,000 meter persegi dengan dilengkapi kemudahan ambulatori kanser termasuk 30 katil sehari.

Pengerusi Eksekutif AAMG Datuk Dr Tan Kai Chah berkata fasa 1 pusat tersebut akan menyaksikan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM300 juta dan dapat memberi rawatan kepada sehingga 7,000 pesakit setiap tahun.

“TLJCC menyasarkan untuk menetapkan standard baharu untuk diagnosis dan rawatan holistik untuk kanser. Selain menawarkan rawatan kepada rakyat Malaysia, kedudukannya berhampiran Singapura dapat meletakkan Johor sebagai destinasi perubatan terkemuka dengan rawatan onkologi terbaik di rantau ini.” kata beliau pada majlis pengumumkan pembinaan TLJCC di Pusat Kovensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang berangkat ke majlis itu berkenan secara rasmi mengumumkan pelancaran pembinaan TLJCC.

Dr Tan berkata fasa 2 termasuk perkhidmatan pesakit termasuk wad wanita patuh syariah untuk menangani keperluan perubatan khas pesakit wanita, makmal canggih untuk ubat-ubatan dan diagnostik molekul serta pusat perubatan.

“Projek ini (TLJCC) boleh diakses hanya 25 minit memandu kereta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, 25 minit dari Link Kedua Malaysia-Singapura dan 40 minut dari Tambak Johor. Pusat itu akan dibina berhampiran Horizon Hills di Iskandar Puteri,” katanya.

Sementara itu, Sultan Ibrahim semasa bertitah pengumuman mengenai psat kanser sangat penting dan merupakan satu lagi langkah untuk memenuhi impian putera baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil untuk membantu pesakit kanser mendapatkan rawatan.

Ketika mengimbas kembali kenangan Tunku Abdul Jalil, Sultan Ibrahim menyifatkan Alharhum sebagai seorang putera raja yang suka merendah diri, keperibadiannya amat disenangi rakyat dan penyayang walaupun menghidap kanser.

“Penjagaan dan rawatan kanser merupakan isu yang sangat dekat dengan hati beta,” titah baginda.

“Walaupun pada saat-saat terakhir, ketika menanggung kesakitan, Almarhum tidak memberi perhatian tentang dirinya tetapi terus memberi perhatian kepada pesakit kanser terutama mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

“Beta dan seisi keluarga akan meneruskan impian Almarhum Tunku Abdul Jalil. Kami akan memastikan warisannya terus hidup dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu seberapa ramai yang boleh,” titah Sultan Ibrahim. Turut berangkat Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Sultan Ibrahim juga memberi penghormatan kepada Raja Zarith Sofiah kerana menjadi tonggak kekuatan dan ketenangan kepada baginda serta putera dan puteri baginda semasa menghadapi saat yang sukar.

“Permaisuri sentiasa berasa bersama dengan memberi sokongan emosi dan menemani Almarhum semasa sesi kemoterapi.

“Permaisuri mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan di saat-saat menghadapi kesedihan ini. Sebagai permaisuri dan bonda kepada putera dan puteri, beta menzahirkan rasa terima kasih atas kasih sayang dan sokongan,” titah Sultan Ibrahim sambil menitiskan air mata.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail bersama isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar dan kerabat diraja yang lain.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Singapura Ho Ching, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong.

Tunku Laksamana Johor, putera keempat Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah, mangkat pada 5 Dis, 2015 ketika berusia 25 tahun akibat kanser. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd