• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Lama Di Terminal Kuala Kedah Dibuka

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bagi menyelesaikan rungutan penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari Terminal Jeti Kuala Kedah dekat sini ke Langkawi, kerajaan negeri bersetuju membuka semula laluan lama menurunkan penumpang yang ditutup sejak tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim berkata pihaknya telah mengarahkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) agar membuka besi penghadang yang dipasang di laluan berkenaan dalam masa terdekat.

Besi penghadang itu dipasang sejak April tahun lalu bagi memberi laluan projek pembinaan parkir bertingkat, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke terminal berkenaan hari ini.

“Saya harap selepas ini penumpang yang hendak ke Langkawi tidak lagi perlu menarik beg yang berat dan banyak dari jarak yang jauh dari jeti sekali gus dapat memudahkan urusan penumpang untuk melancong ke Langkawi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan meneliti semula laluan menurunkan penumpang tersebut setelah proses penambahbaikan jeti terbabit yang melibatkan peruntukan RM208.9 juta selesai. – BERNAMA

Tags: terminal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Bagasi Di Lapangan Terbang Untuk Koleksi

29/05/2018
0

POLIS di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta menahan seorang lelaki berusia 15 tahun yang disyaki mencuri 10 bagasi dari Terminal...

RM208 Juta Naik Taraf Terminal Feri Kuala Kedah

13/03/2017
0

ALOR SETAR - Kerajaan memperuntukkan RM208 juta bagi menaik taraf Terminal Feri Kuala Kedah dalam usaha memberi keselesaan kepada penumpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd