• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Muslihat AS Calon Anugerah Kepada Indira?

oleh Haris
31/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANITA bukan Islam yang mencetus ketegangan dalam hubungan antara agama di negara kita beberapa bulan lalu, Indira Gandhi yang terlibat dalam kes penjagaan dua anaknya dengan suaminya yang telah memeluk Islam, Muhammad Riduan Abdullah.

Kejayaan Indira dalam kesnya telah membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini memandangkan bapa kepada dua anak itu beragama Islam dan mahu membesarkan dua anaknya itu menurut agama Islam.

Dalam hubungan kaum dan antara agama di Malaysia yang mudah diprovokasi, hubungan antara pengikut Islam dan Hindu terjejas ekoran itu ini dan pelbagai pihak yang tidak senang dengan Islam mengambil kesempatan untuk memburukkan imej Islam melalui kes tersebut.

Baru-baru ini, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah mencalonkan Indira Gandhi untuk anugerah International Women of Courage Jabatan Negara AS bagi tahun ini.

Duta AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir telah mengadakan majlis resepsi di kediamannya untuk meraikan Indira dan menghadiahkan plak peringatan kepada wanita itu.

Tindakan Kedutaan AS ini mencetuskan kemarahan orang Islam ekoran sensitiviti kes ini, yang diraikan oleh ramai bukan Islam dan kumpulan liberal di negara ini sebagai satu kejayaan besar bagi mereka untuk kebebasan beragama.

Pencalonan ini konsisten dengan sikap AS yang menyokong perjuangan liberal di Malaysia, yang turut disokong kuat oleh parti-parti pembangkang DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2009, AS mencalonkan Datuk Ambiga Sreenevasan, peguam yang juga aktivis hak asasi yang kemudian mengepalai pertubuhan Bersih.

Ambiga terlibat dengan aktif dalam kegiatan hak asasi manusia termasuk kebebasan LGBT yang semakin giat bergerak di Malaysia.

Tahun 2016, anugerah sama diberikan pada aktivis LGBT Nisha Ayub yang diiktiraf atas kegiatannya memperjuangkan hak transgender.

Anugerah terbaru kepada wanita Hindu yang terlibat dalam mencabar kedudukan agama Islam di negara ini menunjukkan kecenderungan pihak asing menyokong mereka yang menentang kedaulatan Islam dan norma masyarakat negara kita. – Mynewshub.cc

Tags: Kedutaan Amerika Syarikatliberal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terlupa Tarik Brek Tangan, Kereta Ditenggelami Air Pasang

Lebih 5,000 Berhimpun Depan Kedutaan AS, Desak Israel Lakukan Gencatan Senjata

28/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 peserta berhimpun bagi Solidariti Palestin di sepanjang Jalan Tun Razak berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Mahathir Dakwa Orang Melayu Tolak Anwar

12/03/2020
0

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd