• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keselamatan Sekolah Pondok, Maahad Bertambah Baik

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Tahap keselamatan di semua sekolah-sekolah pondok dan maahad-maahad tahfiz berdaftar, di seluruh negara, dilaporkan semakin bertambah baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, belum ada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku membabitkan sekolah pondok atau maahad tahfiz, khususnya selepas pemeriksaan dan pendawaian semula elektrik dilakukan di premis terlibat.

“Selepas penubuhan HLC (High Level Committee @ Jawatankuasa Peringkat Tertinggi) serta peruntukkan RM30 juta yang diberikan Perdana Menteri, setakat ini belum ada tahfiz yang kita tekuni pembangunannya, kita buat pendawaian semula, dilaporkan berlaku perkara-perkara negatif seperti kebakaran dan sebagainya.

“Mudah-mudahan hal ini dapat kita kawal dengan baik…anak-anak, pelajar ini ini…apabila berlaku kejadian tidak diingini, jiwa kita sebagai kerajaan akan merasai satu kehilangan kerana mereka adalah anak bangsa yang mempunyai potensi besar pada masa hadapan..sebab itu kita mahu lihat mereka mendapat penjagaan sama rata di semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Untuk Institusi Tahfiz dan Pondok 2018 peringkat negeri Kedah di Dewan Sri Zaleha, Naza Automotive Gurun, di sini, hari ini.

Menurutnya, seminar seperti itu merupakan kerjasama terbaik dalam memberikan pendedahan kepada pelajar khususnya untuk menghadapi situasi tidak dijangka.

“Ini adalah kolaborasi yang amat baik, paling tidak kita harap ia akan dapat mengurangkan kesan-kesan negatif daripada kes litar pintas, kebakaran dan sebagainya…kerana pelajar akan mendapat pendedahan, mereka akan tahu tindakan awal untuk diambil jika berlaki kecemasan.

“Dalam mesyuarat terbaharu membabitkan isu tahfiz dan pondok, kita turut membincangkan mengenai pemasangan alat pemadam api, bahkan kita turut menekuni usaha berhubung pemasangan CCTV (kamera litar tertutup) di institusi terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir turut mengulas mengenai Dasar Tahfiz Negara (DTN) yang memperkenalkan empat modul kurikulum iaitu Tahfiz Turath, Tahfiz Sains, Tahfiz Dini dan Tahfiz Kemahiran (TVET), yang mana menerusinya pelajar-pelajar juga perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, beberapa buah tahfiz yang menerapkan elemen akademik dalam sistem pembelajaran mereka, telah berjaya melahirkan ramai pelajar pelajar cemerlang dalam kedua-dua cabang pengajian.

Jamil Khir berkata:”Terpulang sama ada mengikuti pengajian (akademik) secara serentak atau di hujung kelas pengajian hafalan itu dimasukkan elemen akademik untuk SPM…setakat ini tiada masalah dialami tahfiz-takfiz yang menekuni kedua-dua peperiksan bahkan pelajar-pelajarnya cemerlang.

Contohnya, pelajar (Pondok Moden) Al-Abaqirah, mereka menghafal hadis dan pada masa sama mengambil SPM, umumnya secara purata ramai di kalangan mereka meraih 6A atau 7A dalam SPM, walaupun mereka ini tidak datang daripada anak-anak yang dalam UPSRnya (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), 5A,”

Beliau berkata, peringkat institusi pengajian tinggi kini turut membuka ruang untuk pelajar-pelajar tahfiz menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Beberapa buah universiti, antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberikan ruang dan peluang lanjutan untuk anak-anak pelajar tahfiz,” katanya.

Sementara itu, program yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha itu, juga disertai lebih 1,000 pelajar daripada 64 maahad tahfiz dan 20 pondok berdaftar di seluruh negeri. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamil Khir BaharomSekolah Pondok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM21 Juta Bantu Pusat Tahfiz, Sekolah Agama, Pondok

02/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Dana bantuan secara one-off bernilai RM21 juta akan diberikan kepada pusat tahfiz swasta, sekolah pondok, sekolah agama...

Lompat Parti Disifatkan Proses Pemutihan UMNO

21/12/2018
0

ALOR SETAR - Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak menggugat kekuatan parti itu sebaliknya dilihat mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd