• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Amal Budaya Tangguh Kes – Ketua Hakim Negara

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif hari ini mengingatkan hakim-hakim supaya tidak menangguhkan kes dengan sewenang-wenangnya tanpa alasan wajar.

Beliau berkata budaya penangguhan kes tidak wujud dan tidak diamalkan dalam sistem Badan Kehakiman itu.

“Pembaharuan yang digerakkan oleh Badan Kehakiman ialah untuk memastikan pendengaran sesuatu kes tidak tertangguh sewenang-wenangnya. Budaya penangguhan kes ini harus kita tangani.

“Di mahkamah di negara-negara seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura, budaya menangguhkan kes tidak wujud,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian watikah pelantikan tujuh Pesuruhjaya Kehakiman baharu di Istana Kehakiman di sini.

Raus berkata apabila sesuatu kes ditetapkan untuk perbicaraan, ia mesti didengar dan diputuskan tanpa penangguhan.

Sehubungan itu, beliau​ menasihati hakim yang baru dilantik dan hakim sedia ada supaya menjalankan pengurusan kes dengan baik bagi memastikan tiada penangguhan berlaku selepas kes ditetapkan untuk perbicaraan.

Menurutnya budaya tiada penangguhan telah diamalkan di Mahkamah Persekutuan dan kini, ia hampir mencapai 100 peratus kes dikendalikan tanpa penangguhan.

“Misalnya minggu lepas, Mahkamah Persekutuan bersidang di Kota Kinabalu selama lima hari dari Isnin hingga Jumaat. Terdapat 43 kes yang ditetapkan untuk bicara, semuanya berjalan kecuali satu di mana kes itu terpaksa ditangguhkan kerana peguam dari Miri tidak mempunyai permit bekerja di Sabah.

“Minggu ini, semasa saya bersidang pada Isnin, Khamis dan hari ini, semua kes berjalan tanpa ada penangguhan. Saya berharap budaya ini diikuti di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi , malah di semua peringkat mahkamah,”katanya.

Raus juga menasihati hakim-hakim supaya membuat sesuatu keputusan itu dengan teliti dan adil berlandaskan undang-undang dan fakta yang terbukti serta menyegerakan penghakiman dan memastikan penghakiman itu mudah difahami.

“Jika semua ini tidak diberi perhatian, keputusan kita akan dipersoal dan akibatnya, keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap Badan Kehakiman akan terhakis,” katanya.

Raus berkata harapan masyarakat terhadap badan kehakiman adalah sangat tinggi dan kebanyakan keputusan mahkamah diteliti dan diulas oleh masyarakat melalui media cetak dan elektronik.

“Oleh itu, keputusan hendaklah dibuat dengan teliti,” katanya.

Beliau berkata sejak akhir 2008, Badan Kehakiman menggerakkan pembaharuan bagi memastikan badan itu senstiasa efisien, dihormati dan dipercayai masyarakat.

Terdahulu, tujuh Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah jawatan dan taat setia masing-masing.

Mereka ialah Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin, 48, yang memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan jawatan terakhirnya ialah Timbalan Ketua Eksekutif di Suruhanjaya Sekuriti.

Datuk Mohd Radzi Harun, 53, pula memulakan kerjayanya sebagai majistret dan jawatan terakhirnya ialah sebagai Pengerusi Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Kementerian Kewangan.

Lima lagi ialah Datuk Aliza Sulaiman, 51, juga memulakan karier sebagai majistret, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, 52, yang pernah bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan tiga peguam iaitu Wong Chee Lin, 57, Darryl Goon Siew Chye, 61 dan Dr Lim Hock Leng, 55. – BERNAMA

Tags: Ketua Hakim Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara Kepada Wan Ahmad Farid

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara Kepada Wan Ahmad Farid

28/07/2025
0

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad...

Wan Ahmad Farid Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Esok

Wan Ahmad Farid Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Esok

27/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 akan mengangkat sumpah esok. Wan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd