• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan IPK Berusia Akan Diganti – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan menggantikan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara yang sudah berusia bagi memastikan ia tidak lebih 40 tahun pada tahun 2021.

Demikian jaminan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan berkata, berikutan peruntukan pembangunan terhad, beberapa langkah akan diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.

“Kita mahu IPK seluruh negara pada 2021, 100 peratus berumur tidak lebih 40 tahun,” katanya semasa merasmikan bangunan tambahan IPK Johor (Fasa 1), di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Terdahulu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri memeriksa perbarisan kawalan kehormat di Dataran Pejabat Kem Komandan IPK Johor dan mendengar taklimat pengurusan PDRM Johor oleh Mohd Khalil.

Ahmad Zahid berkata ketika ini, terdapat IPK di negara ini yang beroperasi di bangunan yang berusia lebih 53 tahun.

Berhubung bangunan tambahan IPK Johor (Fasa 1) bernilai RM76.2 juta mengikut kontrak semasa itu, katanya beliau berharap ia dapat menaikkan semangat dan motivasi pegawai dan anggota polis kontinjen Johor untuk melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.

Beliau juga berharap sistem pendawaian di sekeliling kawasan IPK Johor dapat diperbaiki dengan segera.

Selain IPK, peruntukan sebanyak RM22 juta turut diluluskan bagi menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai dan lokap di negeri ini selaras permohonan yang dikemukakan Ketua Polis Johor.

“Untuk lokap, sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan kerana kita harus menjaga hak kemanusiaan (tahanan) dan harus berada dalam piawaian Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) dan peringkat antarabangsa. Saya telah meminta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk laksanakannya secepat mungkin,” katanya.

Bagi kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya umum ke-14, Ahmad Zahid turut mengarahkan KDN membayar 50 peratus elaun pendahuluan diri kepada pegawai dan anggota polis berpangkat rendah sebelum mereka ditugaskan ke lokasi pilihan raya umum.

Beliau berkata baki 50 peratus lagi pula harus dibayar selepas pengiraan undi dan pulang ke pangkalan masing-masing.

“Ertinya 100 peratus (elaun) mesti dibayar setelah tugas diselesaikan, bukan tunggu sebulan, dua bulan, bukan tunggu setahun sebagaimana masa lalu. Saya perlu mengambil kira (kebajikan) anak buah.

“Kerana sebelum ini sudah berapa banyak pilihan raya termasuk pilihan raya kecil, kadang-kadang lebih setahun elaun belum dibayar,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, berlandaskan syariat Islam, upah seseorang itu hendaklah dibayar ‘sebelum keringat kering’.

“Ini peluh dah kering tetapi tidak bayar-bayar lagi,” katanya. Timbalan perdana menteri kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd