• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengalaman Lalu Dekatkan ATM Di Hati Saya

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Usaha menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat dekat di hati Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum kerana pengalaman hidup ketika zaman komunis dan darurat dahulu.

Beliau berkata kehidupan di kawasan sempadan sekitar Kedah pada 1960-an mengajar dirinya menghargai pengorbanan anggota ATM apabila melihat sendiri keperitan pasukan itu menghadapi ancaman komunis selain ramai yang terkorban demi mempertahan negara.

Justeru itu, beliau dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sering berbincang serta merancang pelbagai pelan bagi melaksana pelbagai inisiatif menjaga kebajikan veteran ATM sebagai mmenghargai jasa anggota veteran ATM dalam mempertahan keamanan negara.

“Di hutan Sintok, saya tengok anggota (ATM) kena serang hendap komunis…saya tinggal di pekan Changlun dalam kawasan berpagar duri, pasukan tentera jaga kami semua. Jadi, saya amat menginsafi pengorbanan anggota tentera ini.

“Saya tahu betapa susahnya anggota ATM menjaga keselamatan rakyat dan negara. Tanpa apa yang mereka korbankan dahulu, kita tidak akan mengecapi apa yang kita ada sekarang, malah negara tidak akan membangun seperti sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd Johari menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 147 penerima yang terdiri daripada veteran ATM dan balu mereka yang tinggal di negeri ini.

Beliau berkata kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan program seperti Satu Rumah Satu Anggota yang membolehkan anggota tentera yang sedang berkhidmat dan veteran tentera memiliki rumah dengan harga berpatutan.

“Kita lihat apabila anggota tentera bersara, mereka tidak mempunyai rumah…kita putuskan jual 70 peratus daripada rumah ini kepada anggota sedang berkhidmat dan 30 peratus lagi kepada yang telah bersara.

“Selain itu, kita akan sediakan lima poliklinik untuk anggota tentera dan veteran tahun ini, malah kita sediakan hospital, doktor sendiri…ini buktikan kerajaan amat prihatin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Johari Baharum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tak Ketaq’ Hadapi Dr Mahathir – Mohd Johari

30/03/2018
0

MUAR – Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau ‘tak ketaq’ atau gentar untuk menghadapi Tun...

Pindah Kem Tentera Lama Dari Lokasi Tidak Sesuai

22/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merancang untuk melakukan pembangunan semula kem tentera yang lama supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman dengan menempatkan semula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd